Monday, November 24, 2008

Mahalnya sebuah Hidayah...



Itulah hidayahMu ya Allah...sejahat-jahat manusia, sekeji2 manusia...jikalau singgah hidayah dihatinya..nescaya tiada apa yang mustahil...Sejarah membuktikan sezalim2 manusia seperti abu sufyan,yang inginkan kematian Rasul.. Saad bin Abi Waqas, Hamzah , Khalid yang memenggal kepala2 sahabat2 lain, bangkit menerajui bala tentera muslim..dan menjadi muslim yang bertaqwa lagi beriman...

Semalam...aku mendapat berita tentang islamnya si hamba Allah yang bernama Michael Jackson ini...Doakan agar dia menjadi muslim yang sejati dan mengamalkan Islam yang sepenuhnya..bukan Islam jadi2an..dan Islam mainan..Kita doakan dia semua agar dia sentiasa mendapat tunjuk ajar yang betul dari sumber yang shahih..

Itulah hidayah...tanpada hidayah dan rahmat dari-Nya..maka sehebat mana gerakan dakwah dan sehebat mana pena dan kalam berbicara..hasilnya bergantung pada hidaya...Teringat kita akan kisah..Abu Talib..bapak saudara Nabi Muhammad SAW..bagaimana Rasul sepenuh hati cuba meyakinkan kebenaran Islam...akan tetapi akhirnya mati dengan kufur..betapa kecewanya Rasul ketika itu sehinggakan dia mendoakan bapa saudara itu agar diampunkan Allah..siang dan malam, akan tetapi doanya ditolak...dan turunlah ayat mengingatkan baginda bahawa beliau tidak ada kuasa memberi hidayah pada mereka yang disayangi melainkan Allah..

Hidayah itu datang hanya sekali..sambutlah ia...semoga kita sentiasa tergolong dalam orang yang sentiasa mendapat hidayah..sebab itu, kita biasa mendengar doa..Wabillahi Taufiq wal hidayah..semoga bicara kita, akan disusuli dengan taufiq dan hidayah..amin..Nasihat saya..jgn terlalu cepat menghukum manusia..walaupun sejarah silamnya, lipatan hidupnya penuh dengan dosa dan keji...andai Allah itu sentiasa menerima taubat hambaNya..siapa lah kita wahai sahabat?Maka..amalkanlah Sunnah Nabi..andainya kita melihat aktiviti mungkar sekitar kita...maka ucaplah..ALLAHU YAHDIHIM..( semoga Allah memberi petunjuk)..Doakan mereka...disamping tidak redha di atas apa yang mereka lakukan..

Akhir kalam..salam syukur bertambah pula seorang lagi umat Islam, semoga kemasukannya di dalam Islam scara sempurna dapat menarik dan membuka mata jutaan kuffar di luar sana..semoga ianya bukan hanya indah khabar dari rupa....sesungguhnya Hidayah itu begitu mahal harganya!!

Dari meja DCEO..7.35am

Tuesday, November 18, 2008

Bila manusia mencabar hukum yang Esa...

Salam buat semua...

Emm...baru je masuk ofis...so, waktu masih awal..730..:)awal datang keje..staff pun tak mai lagi..semangat benar DCEO ni ye..maklumlah..memegang moto..'pemimpin itu sedikit bicara, byk kerja"...

Sekadar nak share, smlm ada terdengar budak2 sembang kat kedai mamak pasal isu pengkid..isu yang kuat mendapat respon lately ni..lebih2 lagi beberapa NGO mempertikaikan keputusan fatwa..bahawa pengkid itu adalah satu kebebasan dan hak manusia..Wal ayazabillah..

Sebenarnya...jika dinilai dari segi ilmu fiqh dan usul...isu pengkid ini sudah tidak perlu kepada FATWA..fatwa adalah suatu benda yang berlu dibincang dikalangan ulama setempat, semasa berdasarkan benda yang kurang jelas, dan tidak dinyatakan secara detail di dalam al-Quran mahupun al-Sunnah Rasul SAW....ini amat tidak berketepatan dalam isu pengkid yang mana ianya jelas dinyatakan di dalam hadith Rasul SAW bahawa Allah melaknat mereka menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki,...jelas ini tidak memerlukan kepada fatwa..disini Jakim perlu memainkan peranan...jgn hanya pandai membuat program maulud sahaja, tilawah Quran, musabaqah itu dan ini..tetapi lupa kepada tanggungjawab asas....Jgn dibiarkan ugama kita dipertikaikan dek golongan yang jahil..

Jika jakim ikhlas untuk memperkasakan institusi majlis fatwa, berapa byk lagi benda yang boleh dibahaskan, antaranya isu I.S.A, isu peraduan SMS, isu nikah di thailand, tanpa wali, isu menyembah raja dengan ucapan 'sembah patik harap diampun"..byk lagi...bukanlah isu yang sudah ada ketetapan di dalam al-Quran dan Sunnah rasul SAW...atau yang terbaru, isu yang bakal dibincangkan iaitu pengamalan yoga dalam kehidupan orang Islam..

Akan tetapi..yang peliknya..isu pengkid ini tidak disamaratakan dengan lelaki menyerupai perempuan...adakah itu wajar?kenapa ditekankan pengkid tanpa menghalusi majoriti yang cuba menyerupai wanita?Berapa byk lelaki lembut yang begitu bangga menonjolkan kelembutan mereka malah kekadang melebihi kelembuatn para wanita?

Dengar hanya berdalilkan slogan HAK ASASI MANUSIA, adakah wajar kita melayan semua tuntutan mungkar ini?adakah dgn slogan haq, akan muncul tandas pengkid?tandas mak nyah?adakah mereka ini boleh sesuka hati memasuki tandas dek kerana tidak ada putus akan jantina mereka?inikah hak??Inilah mereka2 yang berselindung disebalik Islam liberal...

Inilah realiti hidup manusia...manusia di akhir zaman, bila manusia yang tidak punyai latar belakang, manusia2 yang tidak tahu entah ke mana asal mereka, tiba2 muncul untuk memberi ulasan pada ugama....sebagaimana sabda Rasul SAW:

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” (Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih)

Benarlah sabda junjungan...bila manusia yang 'bodoh' dan 'jahil', tapi bercakap benda yang penting kepada Ummah....inilah padah bila MANUSIA MENCABAR HUKUM YANG ESA....

Wasalam

from Desk of DCEO ACAD..1.15pm

Kurniakanlah ku kesabaran..

Salam..

Jam menunjukkan 630,emmm..penatnya..keje tak setle lagi..plus kena siap paper skit...so, boring2 buka la blog yang tak seberapa..kepala dok ingat pasal konvo..entah cam na la konvo kali ni..baru ni dikejutkan dengan Tg Azizah punya request...nak bagi scroll untk 50 orang je..huh..tak pernah buat dek orang tuh..last2 pujuk punya pujuk..dapat la..satu course..setuju bagi untuk DICE..Diploma Chilhood Education, Alhamdulillah...Tapi yang penat..aku antara orang yang kena umumkan calon2 best academic award..risau jugak takut tergeliat lidah..semoga Allah mempermudahkan segala urusanku...

Sepatutnya hari ni kena ke putrajaya..ada conference..kena wakil ceo..tapi, since byk keje tak selesai..request dengan HR..mintak excuse...

Hari berlalu pergi..masih byk benda yang belum dipelajari...cuma rutin harian sekarang dok citer pasal 'update' konvo..plus dok sign surat cuti dan surat student..tu je keje wajib..yang lain dok pk apa benda yang perlu dibuat..or adkah perlu pembaharuan..tapi rasanya, masih terlalu awal nak bergerak memperbaharui apa yang ada sekarang..entah may be diriku pun x lama disini..Wallahu Ta'ala a'lam..

Oklah..penat dah..nak rehat jap..sebelum balik..
Wassalam

Thursday, November 13, 2008

all da best IIC Convocation Committee!



Salam..

Jam menunjukkan hampir pukul 8 malam..aku masih lagi di pejabat..rasa pening semacam je..kat luar masih ada dua j.e (Junior exec) yang masih bekerja..rasa penat tak abis lagi..penat nak memikirkan apa benda lagi yang perlu dibuat,macam byk benda yang nak dibuat, tapi tak semua kesampaian...

Kepala pening lebih2 lagi dok pikir mana pi organizer,huh..mana la pi letak ahmad fauzan oii..baru jadi DCEO 3 minggu..dah haru biru..cam na nih...takpelah, ape bleh buat, if itu ketentuan..dah hilang..nasib baik tak de apa dalam tuh..

Kepala tak abis2 dok pk pasal meeting dengan pihak UIA, Food and Services...byk posibility dan risk yang bakal berlaku...kekadang ku pikir, konvo ni menempah maut..berdasarkan remark UIA yang kita melakukan suatu benda yang 'BERANI'...berani mati.hehhe..kamikaze...meletakkan 1480 student kat hall uia...huh..plus..ada pertukaran ibu bapa untuk sesi kedua bagi ibu bapa...entahla, aku pun pening..tapi ni adalah 'wahyu' ceo..jadi nak tak nak kena hadapi...tapi apa yang ku terkilan, kenapa dah nak seminggu nak konvo, pihak UIA tak tahu pun jumlah yang nak kita accomodate pada hari kejadian...Hebat!

Aku mendoakan agar semua staff..semua yang terlibat terutamanya sahabatku izwan...kesian aku melihat kekerutan ddahinya, dan kegusaran yang terpancar pada wajahnya..insyaAllah saahabat, kami akan bersamamu...Banyakkan berdoa...

Andainya konvo ini berjaya..maka ia akan kekal menjadi LIPATAN SEJARAH...begitu juga sebaliknya....semoga kecekalan dan ketabahan kita akan menjadi suatu contoh, bahawa tiada yang mustahil di dunia ini berkat usaha, doa ,kesabaran dan tawakkal kepada Allah....Kepada semua sahabat2ku...ALL DA BEST...May this convocation will be better than before..and will be a great achievement especially in my period as a DCEO ACAD...Lets ur strive for it!

Dari meja Acad....8.05 pm.

wsalam

Wednesday, November 12, 2008

Pemimpin itu sedikit bicara, banyak kerja..


Assalamualaikum..

Pagi2 lagi hari ni dah sampai ke pejabat..hari masih gelap..jam menunjukkan pukul 630 pagi, selepas saja solat subuh di Masjid Saidina Hamzah, aku terus ke ofis..ngantuk gak, awal kena datang hari ni, orang rumah nak guna keter..

Masuk2 ofis..kepala pusing, lupa mana pi letak organizer..belum tua lagi dah lupa..itulah insan yang sentiasa mempunyai kelemahan..hari ni hampir 3 minggu aku memegang jawatan DCEO Acad..masih lagi terawang2..dan masih lagi dok fikir, adakah benar aku menghuni bilik DCEO Academic...bilik yang dulu aku amat tak suka nak berkunjung..kecuali bila di'jemput' atas urusan2 tertentu...lebih lagi pada zaman Dr Magda..yg sekarang ni pun telah 'cabut' ke INCEIF...dari segi lipatan sejarah..bilik ini agak 'PANAS'...sapa yang menghuninya..pasti tak lama..paling lama pun setahun...kakakku akma farizan pun hanya bertahan setahun...akhirnya ianya sampai pada giliranku....Aku?agak2 berapa lama ye?may be tak sampai setahun..:)Entahla..aku pun tak tahu....

Menjadi pemimpin...title tu besar..penuh dengan amanah..penuh dengan fitnah..penuh dgn mehnah dan Ujian...lebih2 lagi seorang manusia yang kerdil dan hina , pagi petang siang malam kita diuji, kekadang kita mengeluh, kenapa begini dan begitu..kenapa aku, bagaimana, mengapa......

DIbawahku ku bekerja dengan beberapa staff..yang aku dalam proses mengenali personaliti masing2...Aini dibahagian rekodnya, dan kak sham pula dibahagian examnya...Semoga mereka sentiasa bersabar menghadapi tekanan since aku amat mengharapkan sokongan mereka dalam menjaga 'karenah' akademik..baik dari pelajar, ibu bapa..mahupun staff itu kolej sendiri..\

Semalam, adalah pengalaman pertamaku bersama dengan CEO dan HR manager...attend intervew for permanent staff..yang kelakarnya...orang yg akan aku intervew adalah RAdha...Rathnakrishnan..sahabat yang aku harap di akhir hayatya berakhir dengan kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH..kefahaman Islam sudah ada, malah dia sendiri kagum dengan peribadi utusan Allah, Muhammad SAW...sama2 kita doakan agar hidayah akan sentiasa mengiringinya..cuma menunggu masa utk bersamanya...Amin..

Petangnya, aku bergegas bersama Rizal..(jalan rebung)..entertain Doktor dari UUM..rupanya oghe kelate..seronok jugaklah..cuma agak kekok mula2..alhamdulilah, kami lunch dekat old town coffe house...makan nasi rendang ayam..rizal plak makan mee bandung dan Doktor tu plak tak silapku dengan nasi berkari ayam...semua itu rezki dari Allah...

Petangnya..aku ke al-Madinah University..tempat aku singgah sebentar mencari rezki dahulu..may be jodoh tak lama kat sana..aku kembali ke IIC, moga ada hikmahnya...jumpa sahabat ku ahwey..(cik wan)..sempat sembang kejap sahaja, sebab ada urusan yang tak selesai dengan HR..Oleh kerana hari nak hujan, takut jem, aku tak sempat lepak lama kat sana...aku berharap..suatu hari nanti aku akan menjadi warga al-madinah uni...suatu Uni pada pandanganku mempunyai potensi besar untuk mengembangkan dakwah salaf soleh dan memperbetulkan aqidah2 dan manhaj2 yang salah di kalangan masyarkat melayu...

Oklah..dah panjang plak membebel...baru jap tadi call anakanda muadz...tgh seronok bercerita..maklumlah nak konvo taska..tak sabar juga nak bersamanya pada hari Ahad ni...tapi ada intake plak..harap dapat excuse...tapi rasa tak sedap hati, baru jadi DCEO, dah nak buat hal..tapi anak?serba salah dibuatnya...nantilah, aku jumpa CEO..

Diharap hari ni berlalu dengan ceria...sesunguhnya tetamuku adalah UjianMU ya Rabb...kuatkan hatiku, kekalkan peganganku..agar aku dapat menjadi pemimpin yang SEDIKIT BICARA TETAPI TEKUN BERKERJA!!

Tuesday, November 11, 2008

V6ku...


Salam..

Sedih tak ilang lagi...dua hari lepas..termenung panjang..bila my pearl v6 kena 'hempuk' kat isawara buruk..when i was on my way back from K.Slangor to KL...

Bengang tu bleh tahan jugak..sebab dalam keadaan gelap cam tu, (area kelapa sawit, mmg gelap)..ada kete iswara belakang ni try nak overtake,tapi malangnya..dia tidak begitu expert dalam mengendalikan kereta dia yang buruk itu..so, terus dia hempap bumper depan saya..Astaghfirullah...ada jugak saya 'maki' si driver tuh..tapi mengucap panjang..moga2 saya dapat menuntut pada hari akhirat esok...

Terasa goyang gak kete tuh..huh..nasib baik la bumper tak tercabut..tapi lepas je kejar keter tuh..(walaupun x dapat), terus berhenti tepi jalan,ingat plan asalnya nak makan...terus tak lalu bila lihat 'isteriku' terluka:)...termenung panjang la jugak...maklumlah, kete kaler putih..obvious la if ada scratch....

Semalaman tak tido...tapi fikir2 balik...itu semua dunia, consider part of ujian Allah..dan jgn terlalu menjadi hamba pada Dunia...

Wassalam.

ps: tu baru V6, belum 5series, Brabus..:)

Saturday, November 8, 2008

DCEO ACAD..??

Asalamualaikum wrth wbrkth..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam, selawat dan junjungan ke atas utusan Allah, Nabi Muhammad SAW..para sahabat-sahabat, tabie dan tabie tabien..dan mereka yang mempertahankan agama dan Sunnah Rasul-Nya hingga hari kiamat..

Alhamdulillah, rindu sungguh nak memegang 'pena', tapi apakan daya, tak sempat..betul2 tak sempat ditengah2 kekalutan dan 'adapt' dgn new post, DCEO Academic..being a DCEO academic which is beyond my expectation...dok ingat dapat STADD..tup,tup, tiba2 dapat akademik..

Kekadang tertanya, napa Ustaz Fauzan yang kena memikul amanah yang berat ini..ye lah, maklumlah, ustaz, apalah sangat kepakaran yang dia ada..termenung juga bila anouncement baru ni..susur galurnya agak pelik, bermula dari namaku diberi cadangan oleh kak akma (mantan DCEO), sebagai Dean kepada school gabungan, tiba2..kepada DCEO...tapi masih menjadi teka teki...adakah di STADD ataupun di ACAD...risau jugak memikirkan apa yg berlaku..layakkah aku memegang amanah yang bakal diberi?

Masing2 ada pro and cons...menjadi DCEO Acad...cabaran boleh tahan hebatnya..maklumlah..dibahuku jugalah hal ehwal akademik yang mesti diseliakan, masalah MQA, masalah dokumen2...new diploma...dealing with all the lecturers of IIC..yang masing2 mempunya gerak gaya tari masing2...masa semua itu harus dibiasakan...Hebat sungguh amanah dari-Mu...

STADD?emmm...silap haribulan tak lena malam...since DCEO Stadd ni kena standby 30jam..maklumlah..dgn hostelnya, masalah kat taman koperasi polisnya..huh, if ada kematian, byk lagi yang memeningkan kepala..jadi macam pak afif jakarta cakap.."semuanya sama bang..DCEO Acad dgn MQAnya..DCEO Stadd dengan hostelnya, dan DCEO admin dgn ISO dan financenya...

Allahuakbar..!..Berikanku kekuatan...sesunguhnya bukanlah suatu yang bahagia bila perlu memikul amanah..kerana setiap yang dipertanggungjawabkan akan disoal dihari kemuadian...so, berwaspadalah..

Sekian sahaja untuk kali ini..semoga ayat firman Allah dibawah ini memberi peringatan buat saya khususnya dalam MENJALANKAN TUGAS, MENJUNJUNG AMANAH....

Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Wassalam.

ps: File pun belum abis lagi nak khatam....CEO pun belum 'serang' lagi..Semoga dijauhkan dari segala mehnah yang tak mampu ku hadapi...