Monday, November 24, 2008

Mahalnya sebuah Hidayah...



Itulah hidayahMu ya Allah...sejahat-jahat manusia, sekeji2 manusia...jikalau singgah hidayah dihatinya..nescaya tiada apa yang mustahil...Sejarah membuktikan sezalim2 manusia seperti abu sufyan,yang inginkan kematian Rasul.. Saad bin Abi Waqas, Hamzah , Khalid yang memenggal kepala2 sahabat2 lain, bangkit menerajui bala tentera muslim..dan menjadi muslim yang bertaqwa lagi beriman...

Semalam...aku mendapat berita tentang islamnya si hamba Allah yang bernama Michael Jackson ini...Doakan agar dia menjadi muslim yang sejati dan mengamalkan Islam yang sepenuhnya..bukan Islam jadi2an..dan Islam mainan..Kita doakan dia semua agar dia sentiasa mendapat tunjuk ajar yang betul dari sumber yang shahih..

Itulah hidayah...tanpada hidayah dan rahmat dari-Nya..maka sehebat mana gerakan dakwah dan sehebat mana pena dan kalam berbicara..hasilnya bergantung pada hidaya...Teringat kita akan kisah..Abu Talib..bapak saudara Nabi Muhammad SAW..bagaimana Rasul sepenuh hati cuba meyakinkan kebenaran Islam...akan tetapi akhirnya mati dengan kufur..betapa kecewanya Rasul ketika itu sehinggakan dia mendoakan bapa saudara itu agar diampunkan Allah..siang dan malam, akan tetapi doanya ditolak...dan turunlah ayat mengingatkan baginda bahawa beliau tidak ada kuasa memberi hidayah pada mereka yang disayangi melainkan Allah..

Hidayah itu datang hanya sekali..sambutlah ia...semoga kita sentiasa tergolong dalam orang yang sentiasa mendapat hidayah..sebab itu, kita biasa mendengar doa..Wabillahi Taufiq wal hidayah..semoga bicara kita, akan disusuli dengan taufiq dan hidayah..amin..Nasihat saya..jgn terlalu cepat menghukum manusia..walaupun sejarah silamnya, lipatan hidupnya penuh dengan dosa dan keji...andai Allah itu sentiasa menerima taubat hambaNya..siapa lah kita wahai sahabat?Maka..amalkanlah Sunnah Nabi..andainya kita melihat aktiviti mungkar sekitar kita...maka ucaplah..ALLAHU YAHDIHIM..( semoga Allah memberi petunjuk)..Doakan mereka...disamping tidak redha di atas apa yang mereka lakukan..

Akhir kalam..salam syukur bertambah pula seorang lagi umat Islam, semoga kemasukannya di dalam Islam scara sempurna dapat menarik dan membuka mata jutaan kuffar di luar sana..semoga ianya bukan hanya indah khabar dari rupa....sesungguhnya Hidayah itu begitu mahal harganya!!

Dari meja DCEO..7.35am

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home