Friday, June 19, 2009

Syaitan...sedarkah kita?

Wahai wanita yang dikasihi...Hati-hati dengan tipu daya syaitan laknatullah!!

Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu
ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui.
[al-Baqarah 2:168-169]

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar
.
[al-Nur 24:21]

Thursday, June 18, 2009

Hantu di IIC?


HANTU DI IIC..Satu Penilaian Semula di atas klip video @ gambar( dari arkib artikel)*cuba tgk gambar atas..ada nampak tak makhluk halus kat dalam gambar tu?:)

Assalamualaikum wrth wbrth. Segala puji bagi Allah yang mentadbir dan menguasai Alam, selawat junjungan ke atas Rasul Baginda Muhammad SAW dan para sahabat2nya serta salaful ummah disamping pendokong manhaj mereka sehingga hari akhirah.. Pertama sekali pohon kemaafan kepada para chatters dan netters yang sudah sekian lama tidak menjenguk website IIC fourm bagi ruangan perbincngn ilmu ini. Byk faktor2 luaran yang sama sekali tidak memberi ruang pada ustaz untuk mentelaah segala masalah yang dibentangkan di alam maya ini..Afwan ala kulli hal.. Almuhim (yang penting), adalah lebih dari hati kita ini kekadang mencari suatu ruang untuk berkngsi dan mencari ilmu dalam kesibukan kita mencari kebahagiaan dunia yang sentiasa terhidang di depan mata,cuma usaha dan kesbaran menjadi neraca buat kita dalam mengenal pasti baik dan buruk demi kesejahteraan di akhirat, InsyaAllah.

Hampir sebulan yang lalu, saya ada mendengar beberapa kisah dari sahabat sekerja di kolej, dan juga pelajar KOlej ini sendiri berkenaan dengan klip video 'hantu' di E206..berita itu berlegar dan hampir setiap hari 'riwayat' itu berpindah randah dari seorang ke seorang yang lain..yang paling kurang menyenangkan, bila begitu byk tokok tambahnya mengenai hal tersebut.. Saya menunggu untuk seseorang datang untuk melihat sendiri klip video tersebut, ini kerana saya hanya mendengar berita2 dan ceita2 sahaja dari pada kalangan pensyarah dan pelajar.Alhamdulillah, hari ini, saya didatanngi oleh seorang pelajar dan beliau sendiri menunjukkan gambar student IIC dan 'lembaga' tersebut.

Alhamdulilah, saya sendiri melihat gambar tersebut, dan secara rumusannya, dapatlah dikatakan bahawa, lemabaga yang digembar gemburkan itu hanyalah kebetulan sahaja dan ia terjadi dek kerana tindak balas cahaya dan camera yang kurang berkualiti.. Menjadi lumrah buat manusia zaman sekarang terutama sekali melayu yang terlalu obses dengan hantu dan jembalaang atau lembaga...saya harap para pelajar sentiasa berfikiran positif dan mempunyai aqidah yang kuat dalam berinteraksi dengan isu2 sebegini. Harus rational dan matang dalam memutuskan sesuatu perkara. Jgn hanya terburu membuat rumusan tanpa merujuk kepada sumber2 yang yakin bagi mengelakkan berlakunya ketidak fahaman sesama kita. Malah, jika dirujuk pada sirah Rasulullah SAW pun, amatla janggal Rasulullah melihat Iblis atau Syaitan ( bukan hantu) dengan zat ( jisim dan jasadnya) sendiri..mahupun jin. Walaupun baginda mempunyai keistimewaan untuk melihat mereka.

Malah amat jarang sekali riwayat menemukan Rasulullah dapat melihat jin dengan zatnya yang tersendiri. Malah, cerita ini amat jelas bercanggah dengan Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.. Hai anak Adam, Janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada kedua auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka (jin).

Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan syaitan itu pemimpin pemimpin bagi orang orang yang tidak beriman." (Al A'raaf : 27)

Diketahui umum bahawa jin merupakan dari bangsa yang besar..malah Iblis juga merupakan bangsa daripada JIn..Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Firman ALlah..

Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagiorang orang yang zalim." (Al Kahfi : 50)

Saya secara peribadi mengaku wujudnya jin dan syaitan kerana mereka dirasuk, hal ini berdasarkan ayat Quran yang berbunyi:Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila." (Al Baqarah : 275)

Oleh itu, saya berharap pelajar-pelajar kolej agar tidak terlalu obses dan taasub dengan benda-benda seperti ini, dan jgn terlalu takut kepada makhluk,ini kerana ia membuatkan mereka ini lebih bongkak dan angkuh.Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang orang yang kafir." (Al Baqarah : 34).

Beberapa contoh yang saya kira dapat memberi gambaran asas tentang makhluk2 yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar..berdasarkan dari riwayat2 daripada Hadith Rasulullah : Jin merupakan mahluk yang benar-benar wujud, seperti ditegaskan oleh al-Qur'an, khususnya dalam surah al-Jin, dan kisah Nabi Sulaiman a.s yang memindahkan istana Balqis dengan pertolongan Jin Ifrit. Beberapa hadith sahih juga menjelaskan keberadaan/kekuasaan jin. Mereka ini terbahagi dalam berbagai kumpulan.. Dalam hadith riwayat Abi Tsa'labah Al-Khushani Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa "Jin ada tiga kumpulan iaitu:

1-Ada yang mempunyai sayap dan boleh terbang

2-Ada yang menyerupai ular anjing atau binatang berbisa

3-Boleh berjalan dan bergerak (seperti manusia). (H.R. Tabrani dengan Sanad Hasan dan Hakim juga mengatakan riwayat ini sahih). Riwayat Abu Darda' Rasullah s.a.w bersabda: "Allah menciptakan jin dalam tiga golongan, pertama sejenis ular dan kala jengking dan haiwan melata bumi, golongan kedua seperti angin di angkasa dan golongan ketiga seperti manusia mereka mendapatkan pahala dan hukuman" (H.R. Ibnu Abi Dunya).

Terkadang jin juga boleh mencederakan manusia seperti dalam hadith Muslim "Rasulullah melarang budak keluar setelah maghrib sampai Isya', kerana pada pada ketika itu Syaitan (jin) banyak berkeliaran". Dalam riwayat Abu Lubabah bahwa Rasulullah s.a.w melarang membunuh ular yang masuk ke dalam rumah, kecuali yang tumpul ekornya dan yang ada dua noktah putih di atas tubuhnya, kerana ini yang menyebabkan mata buta dan menyebabkan keguguran wanita hamil. (H.R. Bukhari Muslim).

Jin juga kekadang mencuri ,seperti yang pernah terjadi pada zaman sahabat, Abu Hurairah menangkap mereka menyerupai pencuri yang ingin mencuri harta zakat dan sedekah ketika diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. beliau mengatakan itu jin. Manusia juga boleh berkomunikasi dengan jin, seperti dalam berapa hadith sahih Rasulullah s.a.w berbicara kepada jin pergi bersama jin dan membacakan kepada mereka ayat-ayat Al-Qur'an lalu mereka meminta bekal kemudian Rasulullah s.a.w memberitahu mereka untuk mengambil tulang (dari haiwan yang disembelih dangan menyebut nama Allah s.w.t) dan kotoran haiwan, maka Rasulullah s.a.w melarang beristinja'k dengan tulang dan kotoran haiwan yang kering, kerana keduanya adalah makanan saudara kita." (H.R. Muslim dan Tirmidzi).

Kesimpulan, bukan mudah untuk jin 'menzahirkan' diri mereka dan bukanlah mudah untuk diberi ruang agar dapat berkomunikasi dengan mereka, adalah tidak masuk dek aqal bila beliau tiba2 menjelma untuk 'bersama' mengambil bahagian dalam foto lensa tempoh hari..kerana itu bukanlah merupakan sifat-sifat jin yang dinyatakan di dalam al-Quran dan Sunnah, malah jauh dari rupa dan keadaan seperti yang digambarkan Rasulullah SAW. Semoga apa yang ditulis memberi gambaran buat sahabat dan pelajar-pelajar di IIC. Jgn cepat menilai dan membuat rumusan pada sesuatu benda yang tiada dasar dan petunjuk agar keharmonian dan keselamatan di dalam kolej ini sentiasa aman dan sunyi dari dakyah-dakyah yang tidak berasas.Wallahu alam.

Yang ikhlas, Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya.

ps: BUkan semua jin adalah jahat dan suka menggangu manusia.Allah berfirman: "Dan sesungguhnya di antara kami (jin)ada orang orang yang soleh dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza beza." (Al Jin : 11)

Tak salah...tapi biar pada tempatnya..


Hukum Mengangkat Tangan Ketika Khatib Membaca Doa

Assalamualaikum..
Sempena hari jumaat dan solat jumaat yang bakal memanggil sekejap lagi, ada baiknya saya berkongsi ilmu dengan para sahabat...Info ini bukan untuk sekadar dikongsi, tetapi dipraktisi dan diamali...dan juga untuk menghayati setiap yang diamalkan, perlu dgn sandaran sebagaimana setiap soalan, adanya jawapan...
Berdoa sambil mengangkat tangan merupakan sunnah Nabi s.a.w.. Akan tetapi, diriwayatkan bahawa khatib apabila berdoa di mimbar hendaklah menggunakan jari telunjuknya dan bukannya mengangkat tangan. Malah salah seorang sahabat ('Umranaarah ibn Ru'aibah) telah mengutuk seorang khatib (Bishr ibn Marwan) yang berdo'a sambil mengangkat tangan dan berkata:

قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ
"Moga Allah memburukkan kedua-dua tangannya. Aku melihat Rasulullah s.a.w. melainkan tidak lebih dari ini dengan tangannya: dan di mengisyaratkan jari telunjuknya" (Hadith Riwayat Muslim, no. 874 dan Abu Daud, no. 1104)Berkata Imam al-Nawawi rh didalam mensyarah hadith ini: ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadith ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh:
رفع اليدين غير مشروع في خطبة الجمعة ولا في خطبة العيد لا للإمام ولا للمأمومين ، وإنما المشروع الإنصات للخطيب والتأمين على دعائه بينه وبين نفسه من دون رفع صوت
"Mengangkat tangan tidak disyara'kan semasa khutbah Jumaat atau khutbah Eid, samada Imam atau makmum jemaah tersebut. Malah apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." (Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339)Kesimpulannya pandangan yang benar adalah, seseorang itu dibolehkan mengaminkan do'a tanpa meninggikan suara,cukup untuk didengari oleh diri sendiri, dan tidak mengangkat kedua-dua tangan.


Kita rujuk kembali dalil yang menjelaskan larangan kepada Khatib yang sedang berkhutbah mengangkat kedua2 tangannya ketika berdo'a:- dari Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan:
عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ أنه رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ (زاد أبو داود : وَهُوَ يَدْعُو فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ) فَقَالَ: ( قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ
"dari 'Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah: apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata: 'Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya' dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."
Imam Al-Nawawi rh ketika mengulas hadith ini didalam Sharh Muslim menyakatakan bahawa ini menunjukkan bahawa bukanlah menjadi sunnah mengangkat tangan bagi khatib ketika sedang membaca doa didalam khutbah jumaat.

Maksud amalan mengisyaratkan jari telunjuk itu adalah kepada khatib yang sedang membaca do'a ketika menyampaikan khutbah; dimana khatib cuma perlu mengisyaratkan sahaja jarinya tanpa mengangkat kedua2 tangannya. Makmum tidak perlu melakukannya, sekadar meng'Amin'kan dengan suara perlahan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa dibolehkan mengangkat tangan jika khatib sedang mendo'akan agar diturunkan hujan (istisqaa') dimana Rasulullah pernah mengangkat tangannya ketika berdo'a kepada Allah meminta hujan semasa khutbah Jumaat, dan dilaporkan bahawa makmum juga turut mengangkat tangan. Menurut beliau, didalam situasi lain tidak disunatkan mengangkat tangan semasa khatib menyampaikan khutbah. [Fataawa Arkaan al-Islam, ms 392].

Umumnya, tidak banyak tempat amalan berdo'a yang disyariatkan beramai2 kecuali didalam beberapa keadaan; semasa Imam membaca Do'a Qunut (Nazilah), didalam do'a istisqaa'.

Kesimpulannya...Islam adalah ugama yang bersandarkan dalil dan nas...dan nas itu haruslah berpaksikan Quran dan Sunnah..bukan ikutan manusia, ikutan budaya dan adat...kita selalu memperjuangkan biar mati anak, jgn mati adat..walhal yang terbaik dan pepatah yang harus diganti adalah biar mati anak, jgn mati syariat....sayang seribu kali sayang..manusia lupa semua benda..diagamakan budaya..dan ditinggalkan agama...malah memperagungkan adat dari agama...

Mengangkat tangan ketika berdoa adalah sesuatu yang dianjurkan...tetapi andai ada arahan yang mana Rasulullah tidak melakukannya, maka keutamaan mengikut Rasul dan bukan mengikut manusia...Ibarat kata kita mahu membina rumah, perlu pilih tempatnya...tak semua kita boleh bina rumah tersebut...begitu juga dalam hal2 agama lebih2 lagi Ibadah...sandaran kita adalah Sunnah Rasul kerana agama ini milik Allah dan modelnya adalah Rasul..maka wahai sahabat...jgn mudah melatah..IANYA TAK SALAH..TAPI BIAR PADA TEMPATNYA.

Wassalam

2 jam yang TAJAM!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..di saat semua manusia sudah pulang ke rumah...saya masih lagi di ofis..hajat dihati untuk menyiapkan baki proposal yang ada..tapi memandangkan jam sudah menunjukkan pukul lapan mlm...maka..rasanya cukup dulu buat masa ini..ada baiknya berhenti dan meneruskan urusan yang lain..urusan hubungan sesama manusia..

May be selepas ni, saya akan bergegas ke Cheras, having dinner with my family...ayahanda dan bonda pun ada sana...saja tungu selpas magrib...since jalan ke arah cheras akan jem dekat Sentul , mahameru..so, nak tak nak lepas magrib adalah waktu yang paling sesuai ke sana..

Emmm..hari ni...ku ingin berkongsi sedikit kisah..bersama dengan Tuan CEO..bos besar..smlm balik dari dinner di Seri Pacific Hotel...lebih kurang pukul 12 mlm..masyaAllah, semenjak jadi DCEO , ini adalah majlis rasmi yang aku hadiri melibatkan Board of Director IIUM...kerana smlm adalah majlis mendatangani penyerahan kolej Islam di Jakarta kepada Alumni UIA Indonesia...Yang kelakarnya, saya dijemput untk membaca doa pembuka majlis...tanpa 'merisik' saya terlebih dahulu..malah M.C pada malam itu, Puan Nurul Iman dengan spontan menyebut...."dipersilakan Ustaz AHmad Fauzan to recite opening Dua.."..ya ALlah, terkejut jugaklah..apa punya gimik yang dorang buat ni...tahulah dalam majlis tu, aku sorang je yang berjanggut...nak tak nak...saya dengan rasa tidak puas hati membaca doa...moga2 majlis itu berakhir dengan perlindungan Allah...Ringkas tetapi padat..kerana cemas tetapi sepakat...

Selesai sudah saya terus beredar ke dewan makan....pertama kali meniikmati rezki yang harganya mencecah rm40 sepinggan...Allahu akbar..rezki Allah...manusia harus bersyukur pada pemberianNya...hanya dengan berlaukan ikan dan ayam..sehinga mencecah puluhan ringgit...Moga kita terus sentiasa mensyukuri pemberian al-Razzaq....

Keesokan harinya..(hari ini)...pagi2 lagi saya terus bergegas ke kolej kerana Shazai (COmpany Sec) meminta saya menyerahkan laporan minit mesyurat kepada Tuan CEO ..so, kul 7 pagi saya sudah terpacak di bangku DCEO yang suam2 sejuk itu...huh..bila la nak beredar dari kerusi dan 'panic room' ini..:)...selesai sudah menyerahkan, perut pula terasa lapar...lalu saya menjemput sahabat saya Afif (DCEO COrporate Affair) ke Restoran Thaqwa...Restoran di mana tempat kami menenangkan fikiran setelah stress bekerja...moga disana kami memperolehi TAQWA:)...Amin..

Dalam kenikmatan menikmati rezki Allah bermenukan Nasi lemak dan Telur separuh masak+ Milo tarik...telefon Afif berdering....TUan CEO merayau2 mencari semua DCEOnya....sesaat selepasitu....handfon ku berbunyi....'1 unread message'....inboxnya..dari Sha HR....tertulis..."bang..CEO cari...dia nak jumpa segera...urgent meeting!!"...saya dan afif saling pandang antara satu sama lain...so get ready...on the way balik...kami tertanya soalan apakah dan sesi temuduga apakah yang akan berlaku sebentar lagi dengan TUan besar CEO....

Sampai sahaja ke kolej..saya bergegas ke bilik saya mengambil buku nota...dan terus ke blik...sampai disana...CEO terus panggil...."fauzan...u punya proposal OUT!!"..tersenyum saya di depan CEO...dalam hati.."aku dah agak dah"....so...saya terus keluar jumpa Sectary Sha...so berlakulah perbualan..:

Saya: Sha...lahai sha..dah agak dah...prposal kena reject...kena komen macam2 la..

Sha: Tahulah, tgh bad mood tu, prposal dah ok...tapi dia cakap too detail plak..nak ringkas plak..

Sy: :)..plak dah..if ringkas sangat..tak leh plak..tak justify...takpelah..nanti saya baiki la..

Sha: Sabarlah..dia tgh bad mood tu..bagi i dah ok...

So, sambil tersenyum dan tertanya2..ku tingalkan isu proposal dan melangkah ke CEO meeting room..bersama dengan sahabat2 perjuangan...3 DCEO dipanggil oleh tuan CEO..kecuali DCEO Student Affairs...

MEeting berlangsung selama 2 jam 30 minit.....bermacam2 agenda...(if nak letak minit kat sini tak balik la saya menaip minit tuh...)....meeting bermula jam 10 dan berakhir 1230 tengahari...hebatnya berjuang mencari sesuap rezki, mencari jati diri untuk pengalaman kemudian hari....Tapi nilah pengalaman yang berharga, dari seorang ustaz kepada pentadbir...bagi saya...kita adalah pentadbir selamanya..bukan sekadar pentadbir sesebuah institusi...tapi pentadbir dalam segala urusan..diri yang harus ditadbir, keluarga ,harta dan anak2....itu semua haruslah ditadbir dengan sebaik mungkin dan seikhlas mungkin....Allahu akbar...Walaubagaimanapun, Jarum jam yang membelah masa selama 2 jam adalah cukup TAJAM!!

Wassalam

Saturday, June 13, 2009

Sibuk sangatkah wahai Manusia?

Assalamualaikum wrth wbrth..

ALhamdulillah...akhirnya diberi kelapangan dan keizinan dariNya..saya terluang masa untuk mencoret sesuatu even sudah lama tak menjengah dalam blog ini..paling melucukan, hampir semua password yang melibatkan akaun saya , hampir saya lupa..:)itulah insan, yang diberi nama oleh Allah, al-khata' wa al-nisyan...salah dan lupa menjadi agak sinonim dgn manusia..seolah2 ia tidak dapat dipisahkan..manakan ada manusia yang tidak pernah lupa?manakan ada manusia yang tidak pernah buat silap?mustahil...itulah insan...begitu juga dgn junjungan Nabi SAW yang terdedah dari nafsu dan kesilapan, tetapi sentiasa dibawah peliharaan dan perlindungan ALlah, al-maksum diberi gelaran, demi menjaga al-Din , menjunjung agama Allah..

Sudah hampir berbulan saya tak sempat nak menulis..entah apa yang disibuknya...sibuk sangat kah manusia?sampai lupa urusan dia dengan Allah?sibuk sangatkah kita, hingga tiada masa dgn urusan dakwah?kekadang saya rindukan saat ketika saya menjadi 'insan biasa', tanpa memegang apa2 jawatan di Kolej Islam ini..bebas untuk ke mana sahaja...bersama dalam menjalankan dakwah, menuntut ilmu, menyebarkan ilmu..malah ada masa untuk memenuhi jemputan dalam memberi kuliah di luar...tapi sekarang ni..jauh sekali untuk melakukan itu semua..kekadang tertanya...sibuk sangat kah insan...

Kerinduan terubat ketika zaman belajar di UIAM, bila saya mendapat jemputan dari rakan2 seperjuangan Sunnah untuk bersama dengan kuliah mantan Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin..masyaAllah, pada malam tu, biarpun penat, saya bersama2 dengan beberapa pelajar IIC ke Masjid Wilayah di Jalan Duta..masyaAllah, semakin ramai anak2 muda dan golongan2 veteran yang mendokong fahaman memartabatkan manhaj SAlaf...mentajdidkan ummah dan mengubah dasar budaya yang adat yang di'agama'kan..dan budaya kononnya mencantikkan ugama yang bagi mereka tidak cukup sempurna?:)..

Kami tiba disana agak awal...sebelum isya', abis class Islamic Ibadah jam 615ptg, terus bergegas pulang kerumah...cuba juga gagahi untuk kesana memandangkan melihat semangat juang student2 IIC yang ingin mengenali manhaj Salaf ini dgn lebih dekat..teringat saya pada waktu belajar di UIA, kami berlumba2 memenuhi kuliyyah di srata tempat demi menimba ilmu...

Setibanya di sana..keletihan berbaloi..bila berjumpa dengan sahabat2 yang lama di UIA suatu ketika dulu.,semua berkongsi cerita, berkongsi pengalaman...malah ramai yang hadir untuk menyatakan sokongan kepada kumpulan pejuang SUnnah..sebenarnya, semua daripada kita orang Islam di Malaysia adalah mendambakan SUnnah Rasul..cuma kekadang mereka diuji dengan fakta2 yang sudah lama bertapak di Malaysia, yang mana fakta itu jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar...Ayuh sahabat, kita ubah haluan ini...jadikan ianya jalan SIRATI MUSTAQIMAN..fattabi'uh...

Keesokan harinya, terus ke UUM atas urusan kolej...Sungguh menduka citakan, asalnya plan asal ke sana dengan Mr Jayaudin dan P.A saya, fauziah...entah macam mana silap percaturan..saya terpaksa ke sana seorang diri..bila mana En Afif memmberitahu dia menggantikan EN Jaya di UUM..nak tak nak, saya terpaksa ke sana seorang diri..

Sampai di sana, dalam perjalanan ke sintok, mata punyala mengantuk, terus singgah di Butterwrth melelapkan mata...keesokan harinya menyambung perjalanan...dan seterusnya mesyuarat dengan Pengarah PUsat Pengajian di UUM..Habis sahaja mesyuarat, ku gagahkan diri untuk pulang, tapi akhirnya 'tumbang' di Ipoh perak..berhenti di R&R dan tidor beralaskan seat V6ku:)...sedar2 dah jam 4 pagi....terus sambung hinggalah sampai ke rumah..KEsokan Jumaat, CUTI:)

Oklah, diharap ruang masa selepas ini makin terbuka..kekadang, terfikir ingin menyisihkan diri dari dunia 'management' ini...tgklah nanti, tak lama lagi la kot...rasanya dah cukup 2 semester bergelar DCEO Acad..mmg untuk bersama dalam dunia dakwah sebagai DCEO Acad ini amat terhad sekali...minggu lepas sahaja, saya terpaksa menyiapkan 3 proposal...Kertas kerja 2+1 kerjasama Indon dan IIC....Kertas kerja ScholarShip..untuk pelajar IIC dan program UUM..dan program berkembar UK, Univ Teesside..Ya Allah..jauh sekali terbabas Ustaz Fauzan kepada Encik Fauzan:)...(patutlah CEO ada tanya, layakkah ke kamu jadi DCEO Acad??)...Jawapannya?Tak kot...Sigh..

Kaylah sahabat2..rasanya dah byk melalut, diharap ku punya masa dan waktu untuk bersama dalam menukil idea dan cetusan minda dan hati di blog ini..Semuanya bergantunng kepada kezinnaNYa...InsyaAllah...

Semoga pena ini akan terus menulis, semoga semangat tak pernah luntur untuk berdakwah demi secebis jariah dan ilmu yang dimanfaatkan buat yang lain..jgn sampai kita lupakan akhirat, dek kerana dunia...Teringat aku akan kata2 Umar Ibn Abd Aziz dengan orang suruhnanya Rajak, ketika mana manusia sentiasa kejarkan dunia dan pangkat..:

Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, alu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).

Jangan samapai kita berlumba2 mencari dunia, sampai lupakan akhirat, sehingga akhirat nati kita ditanya oleh Nya.."Sibuk sangatkah kita wahai manusia"?

Wednesday, February 25, 2009

Maulid Rasul tanda ingatan kita pada Nabi??




Setiap tahun umat Islam menyambut meriah kehadiran 12 Rabiul Awal, iaitu tarikh yang dikaitkan dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai upacara akan diatur sempena hari tersebut yang juga dikenali sebagai maulidul rasul seperti perarakan besar-besaran, upacara marhaban dengan membaca kitab berzanji, mengadakan jamuan-jamuan makan dan ceramah-ceramah agama. Semuanya ini dilaksanakan demi untuk menggambarkan perasaan kasih dan sayang terhadap junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.Saban tahun 12 Rabiul Awal muncul, maka saban tahun juga polemik tentang sunnah atau bidaah nya menyambut maulidul rasul akan muncul. Pihak yang menentang sambutan maulidul rasul menyatakan ia adalah bidaah kerana ia tidak pernah dilaksanakan pada zaman Nabi s.a.w dan sahabatnya serta pada zaman para salafussoleh . Malah imam-imam mazhab yang empat seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad r.h juga tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini.


Timbul persoalan adakah mereka semua ini tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul? Bagi pihak yang menyokong sambutan ini mereka beranggapan ia adalah bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan baginda s.a.w. dan mencerminkan kasih sayang kita kepada baginda. Apatah lagi tidak terdapat larangan yang khusus daripada ALLAH serta Rasul-NYA ke atas sambutan maulidul rasul ini.Apa pun jua kita tidak ingin menyambung polemik ini yang akan sentiasa dibahaskan tanpa penghujungnya. Apa yang ingin kita bahaskan di sini adalah tentang tatacara untuk membuktikan kasih sayang kita serta pengagungan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.Sebagaimana yang telah kita maklum bahawa golongan yang pertama kali mengadakan upacara sambutan maulidul rasul ini adalah Bani Ubaid al-Qadah dari kelompok Fatimiyyah yang memerintah Mesir bermula dari 362 sehingga 567 Hijrah. Mereka ini berfahaman syiah al-Rafidhah dan juga terpengaruh dengan aliran Qaramithah al-Bathiniyah iaitu kelompok yang terkeluar dari ahli sunnah wal jamaah.


Kerajaan Fathimiyah ini menganjurkan upacara peringatan maulidul rasul ini bukan atas dasar cinta mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi, tujuan utama mereka adalah berunsur politik yakni untuk mencari pengaruh serta sokongan daripada rakyat demi menutupi kesesatan mereka.Jika mereka inilah pelopor sambutan maulidul rasul, jadi bagaimanakah caranya para salafussoleh mempamerkan kecintaaan mereka kepada Rasulullah s.a.w? Tentu sekali kita telah fahami bahawa golongan yang paling mencintai Nabi Muhammad s.a.w. adalah para sahabatnya.


Malah, generasi terbaik mencontohi baginda s.a.w adalah para sahabat, tabi’in dan tabi’ al-Tabi’in sebagaimana sabdanya:خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ"Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ al-Tabi’in)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-Manaqib, hadis no: 3650.Telah terbukti mereka ini tidak pernah menyambut maulidul rasul. Jadi bagaimanakah pandangan mereka tentang hakikat sebenar mencintai Rasulullah s.a.w.. Oleh itu, melalui makalah ini penulis akan cuba mengungkap hakikat tersebut.Kewajipan Mencintai Nabi s.a.wMencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting serta mendasar. Seseorang itu tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi Muhammad s.a.w melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.


Firman ALLAH S.W.T:"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasul-NYA dan (dari) berjihad untuk agama-NYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA (azab seksa-NYA); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." – Surah al-Taubah (9) : 24.


Firman ALLAH S.W.T:"Nabi itu (hendaklah) lebih diutamakan bagi orang-orang yang beriman berbanding diri mereka sendiri." – Surah al-Ahzab: 6.Sabda Rasulllah s.a.w:أَنَا أَوْلَى بِكُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ نَفْسِهِMaksudnya:"Aku lebih utama bagi setiap mukmin berbanding dirinya sendiri." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab al-Jamaah, hadis no: 6.Sabda Rasulllah s.a.w:لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَMaksudnya:"Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu semua sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-Imaan, hadis no: 15.


Masih terdapat banyak lagi dalil sedemikian rupa yang tidak lain menunjukkan kewajipan mencintai baginda s.a.w di mana ia merupakan antara ciri-ciri golongan beriman. Rasulullah s.a.w. berhak meraih cinta tersebut kerana baginda adalah makhluk yang paling mulia di sisi ALLAH, memiliki akhlak yang luhur dan jalan yang lurus, mengasihi umatnya, memberi petunjuk kepada umatnya, menyelamatkan umatnya dari neraka dan menjadi rahmat kepada seluruh alam. Mencintai Nabi Muhammad s.a.w merupakan kesan kesaksian kita bahawa Muhammad itu utusan ALLAH yang merupakan sebahagian dari kalimah syahadah.Hakikat Mencintai RasulullahOrang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri-ciri tertentu. Di sini penulis akan menampilkan beberapa tanda-tanda yang menggambarkan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:


1. Mentauhidkan ALLAH S.W.T.

Hikmah utama diutusnya para rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.Firman ALLAH S.W.T:"Dan sesungguhnya KAMI telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah ALLAH dan jauhi Taghut." – Surah al-Nahl: 36.Al-Hafiz Ibn Kathir r.h berkata:"Semua para rasul mengajak beribadah kepada ALLAH dan melarang beribadah kepada selain-NYA. Malah, ALLAH sentiasa mengutus para rasul dengan tugas tersebut semenjak terjadinya kesyirikan yang dilakukan oleh kaum Nabi Nuh a.s. Dialah rasul pertama diutus oleh ALLAH kepada penghuni bumi hingga penutup para rasul, iaitu Muhammad s.a.w yang menyampaikan dakwahnya kepada bangsa jin dan manusia di timur dan barat. Keadaan mereka semua ini digambarkan sebagaimana firman ALLAH S.W.T:"Dan KAMI tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul melainkan KAMI wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada TUHAN (yang berhak disembah) melainkan AKU. Oleh itu, beribadahlah kamu kepada-KU." – Surah al-Anbiya': 25.Maksud mentauhidkan ALLAH adalah beribadah hanya kepada ALLAH sahaja dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun. Inilah pengertian sebenar kalimah tauhid, iaitu La Ilahaa Illaallah (Tiada TUHAN yang berhak disembah melainkan ALLAH) dengan memurnikan ibadah hanya kepada-NYA dan berlepas diri dari segala sesuatu selainnya. Inilah misi utama Nabi Muhhamad s.a.w terhadap umatnya.Oleh itu, untuk membuktikan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad s.a.w, kita hendaklah menghindari amalan-amalan syirik seperti menyembah berhala, mengikhlaskan ibadah kita hanya kepada ALLAH, berdoa hanya kepada ALLAH tanpa perantaraan (wasilah) yang tidak di izinkan-NYA seperti bertawassul di kuburan para wali, mentaati hukum-hakam ALLAH serta berlepas diri daripada hukum buatan manusia yang tidak selari dengan syarak, tidak memakai tangkal, tidak bertilik nasib, tidak berjumpa bomoh, mengingkari nama-nama dan sifat-sifat ALLAH dan lain-lain lagi. Mentauhidkan ALLAH merupakan bukti paling kukuh menunjukkan kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w.


2. Mentaati Sunnah Nabi s.a.w.

Di antara tanda-tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya. Pada dasarnya semua perbuatan dan ucapan Nabi s.a.w wajib diikuti dan diteladani.Firman ALLAH S.W.T:Maksudnya:"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." – Surah al-Ahzab: 21Menurut al-Hafiz Ibn Kathir:"Ayat ini merupakan dasar utama untuk mencontohi Rasulullah s.a.w baik dalam ucapan, perbuatan mahupun hal ehwal baginda.Mentaati Rasulullah s.a.w juga adalah bukti yang menunjukkan kita mencintai ALLAH.Firman ALLAH S.W.T:"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi ALLAH maka ikutilah aku, pasti ALLAH mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." – Surah Ali Imran: 31


Mentaati sunnah Nabi juga bermaksud menghindari amalan bidaah. Bidaah seperti yang didefinisikan oleh Imam al-Syathibi r.h ialah:"Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah dan tujuan mengamalnya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada ALLAH." - Rujuk Kitab Meluruskan Tafsir Bidaah karya Syeikh Alwi bin Abdul Qadir al-Saqqaf yang merupakan ringkasan kepada Kitab al-I’tishom karya Imam Abu Ishaq al-Syathibi (edisi terjemahan oleh Farid Qurusy, Pustaka As-Sunnah, Surabaya (2003), ms. 2.


Berdasarkan definisi ini dapat kita fahami bahawa medan operasi bidaah adalah dalam hal-hal yang bersangkutan dengan agama sahaja. Oleh itu apa jua bentuk rekaan terkini di dalam hal kehidupan duniawi maka ia tidak termasuk di dalam ruang lingkup perbahasan bidaah menurut definisi syarak.Ini kerana, terdapat dalil-dalil yang menggalakkan umat Islam untuk terlibat di dalam usaha mencipta rekaan-rekaan terkini demi kemajuan umat Islam. Dalam hal ehwal duniawi, manusia memiliki kebebasan untuk melakukan inovasi termoden asalkan ia tidak mendatangkan keburukan kepada orang ramai serta tidak bertentangan dengan syariah.Sabda Nabi s.a.w:أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْMaksudnya:"Kamu lebih tahu hal ehwal dunia kamu." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab al-Fadhail, hadis no: 2363.Sabda Nabi s.a.w:مَا كَانَ مِنْ أَمْرِ دُنْيَاكُمْ فَأَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ وَمَا كَانَ مِنْ أَمْرِ دِينِكُمْ فَإِلَيَّ‏Maksudnya:"Jika sesuatu urusan termasuk hal ehwal dunia kamu, kamu lebih tahu untuk menguruskannya dan jika sekiranya termasuk urusan agama kamu, kembalikanlah kepada aku." - Hadis riwayat Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, kitab al-Ahkam, hadis no: 2462.Bidaah yang kita maksudkan di sini adalah mengada-adakan ritual-ritual agama baru yang tidak pernah diajar atau diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Seluruh bidaah yang bersangkutan dengan agama ini adalah sesat dan pengamalannya adalah sia-sia kerana ia tidak diterima oleh ALLAH.Sabda Nabi s.a.w:فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌMaksudnya:"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah), seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (bidaah), setiap perkara yang diada-adakan termasuk kategori bidaah dan setiap perkara yang bidaah adalah sesat." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, Kitab al-Jama’ah, hadis no: 867.Sabda Nabi s.a.w:مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.Maksudnya:Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.Maksudnya:Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1718Oleh itu, memerangi amalan bidaah merupakan satu bukti yang menunjukkan kecintaan kita kepada sunnah Nabi s.a.w. Sebaliknya, mengamalkan amalan bidaah menggambarkan pengkhianatan kita kepada baginda. Imam Malik r.h berkata:"Sesiapa yang mencipta bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w mengkhianati risalah. Ini kerana, ALLAH telah berfirman:"Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu." – Surah al-Maidah: 3.


Setiap perkara yang ada pada hari tersebut tidak termasuk urusan agama, maka ia juga tidak akan menjadi sebahagian dari agama pada hari ini." – Rujuk Kitab Meluruskan Tafsir Bidaah karya Alwi bin Abdul Qadir al-Saqqaf, ms. 14.Oleh itu, berhati-hatilah dengan amalan-amalan bidaah walaupun ia nampak baik dan bertujuan mulia. Ingatlah pesan Abdullah bin Umar r.a:كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَاِنْ رآهَا النَّاسُ حَسَنَةٌMaksudnya:“Setiap bidaah itu sesat, walaupun manusia memandangnya (perbuatan bi’dah tersebut) hasanah (baik).” – Atsar riwayat al-Lalaka-i di dalam Syarh Usul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Ibn Nashir di dalam al-Sunnah dan oleh Ibn Battoh di dalam al-Ibanah.


3. Menyebarkan Sunnah Nabi s.a.w.

Mencintai Nabi s.a.w bukan sekadar hanya taat kepada sunnah baginda. Malah, antara tanda kesempurnaan perasaan cinta kepada baginda adalah dengan menyebarkan sunnah-sunnah tersebut kepada seluruh umat manusia. Sabda baginda s.a.w:فَلْيُبْلِغْ الشَّاهِدُ الْغَائِبَMaksudnya:"Hendaklah orang yang yang hadir (pada hari ini) menyampaikan (sunnahku) kepada yang tidak hadir." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-Haj, hadis no: 1739.بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةًMaksudnya:"Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab Ahadis al-Anbiya’, no: 3461.Keinginan untuk menyebarkan sunnah Nabi s.a.w, menyampaikannya serta mengajarkannya adalah menyambung tugasan baginda. Sekiranya kerja-kerja dakwah baginda tidak ada kesinambungan pasti sunnahnya akan mati dan digantikan dengan amalan-amalan bidaah .


4. Sentiasa memuji dan mengingatinya.

Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita. Kita sepatutnya selalu mengingati pengorbanan yang telah baginda lakukan demi menyelamatkan umatnya dari kesesatan. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca serta mempelajari sejarah hidup baginda serta berusaha untuk menjadikan perjalanan hidup baginda sebagai cahaya yang menyuluh perjalanan kita. Kita juga hendaklah hanya menyibukkan diri dengan sejarah baginda yang sahih dan menghindari cerita-cerita palsu dan lemah yang banyak tersebar dalam masyarakat.Penulis juga menganjurkan para ulama mengkaji semula kandungan kitab marhaban atau berzanji yang sering dibacakan ketika majlis-majlis maulid kerana di dalamnya terdapat banyak kisah-kisah palsu serta riwayat yang daif (lemah) serta tidak mempunyai sandaran malah boleh membawa kepada kesyirikan dan khurafat. Bagi umat Islam di Malaysia, disaran agar mendapatkan kitab-kitab Sirah Nabi yang muktabar untuk dijadikan rujukan.Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya.Firman ALLAH S.W.T:"Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-NYA berselawat kepada Nabi. (Oleh itu) wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penuh penghormatan." – Surah al-Ahzab: 56


Selawat-selawat yang kita ucapkan mestilah bersumber dari hadis-hadis yang sahih dan bukan selawat-selawat ciptaan manusia. Antara kalimah selawat yang baginda telah ajarkan adalah seperti berikut:Pertama:Abdul Rahman bin Abi Lailah r.a berkata:“Saya berjumpa dengan Ka’ab bin Abi Lailah lalu dia berkata: Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu hadiah yang aku pernah mendengarnya daripada Nabi s.a.w? Jawabku: Sudah tentu! Hadiahkanlah kepadaku. Dia berkata: Kami (para sahabat) pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bagaimana (cara) berselawat kepada kamu (wahai) ahli bait kerana sesungguhnya ALLAH telah mengajarkan kepada kami bagaimana (caranya) kami memberi salam (kepadamu)? Baginda menjawab: Ucapkanlah oleh kamu semua,اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌMaksudnya:“Ya ALLAH! Selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya ALLAH! Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab Ahadith al-Anbiya’, hadis no: 3370.Kedua:Musa bin Talhah meriwayatkan daripada bapanya (iaitu Talhah bin ‘Ubaidullah) r.a katanya:“Kami (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah (caranya) berselawat kepadamu? Baginda bersabda: Kamu semua hendaklah mengucapkan,اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌMaksudnya:“Ya ALLAH! Selawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” - Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 1323 dan juga diriwayatkan oleh Imam al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai , kitab al-Sahwa, hadis no: 1273 dan 1274.Ketiga:Abu Mas’ud al-Anshari r.a berkata:“Rasulullah s.a.w datang kepada kami sedang kami berada dalam majlis Sa’ad bin ‘Ubadah. Kemudian Basyir bin Sa’ad bertanya kepada baginda: ALLAH telah memerintahkan kepada kami berselawat kepadamu wahai Rasulullah, maka bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu? Abu Mas’ud berkata: Lalu Rasulullah s.a.w diam sehingga kami ingin kalau sekiranya dia (Basyir bin Sa’ad) tidak bertanya kepada baginda. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu semua hendaklah mengucapkan,اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌMaksudnya:“Ya ALLAH! Selawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya ALLAH! Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana ENGKAU telah memberkati keluarga Ibrahim mengatasi seluruh alam. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai, kitab al-Sahwa, hadis no: 1268 dan juga diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, kitab Tafsir al-Quran, hadis no: 3144.Keempat:Abu Humaid al-Saa’idi r.a berkata:“Sesungguhnya mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana (cara) kami berselawat kepadamu? Jawab baginda: Ucapkanlah,اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌMaksudnya:“Ya ALLAH! Selawatlah kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana ENGKAU telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya ALLAH! Berkatilah Muhammad, isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana ENGKAU telah memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, kitab al-Anbiya’, hadis no: 3369 dan kitab al-Da’wat, hadis no: 6360. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahih Muslim, kitab al-Solah, hadis no: 407.Selain dari selawat-selawat di atas, terdapat beberapa lagi cara selawat yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w dan boleh kita dapati dari hadis-hadis sahih. Semuanya boleh dimanfaatkan ketika ingin berselawat kepada baginsa s.a.w. Sewajarnya kita mencontohi cara bacaan yang benar-benar telah diajar oleh baginda sendiri.Dewasa ini ramai orang yang tidak mengambil peduli sunnah yang benar-benar mencontohi Rasulullah s.a.w berkaitan tatacara berselawat. Malah, mereka bukan sekadar menambah lafaz sayyidina atau lafaz-lafaz lain dalam selawat, tetapi ada yang sampai ke tahap menggubah tatacara atau lafaz-lafaz baru secara total tanpa ada contohnya daripada Nabi s.a.w, para sahabat, tabi’in, tabi’ al-Tabi’in mahupun imam-imam mazhab yang empat. Pada tanggapan mereka ini adalah satu perbuatan yang lebih bermanfaat berbanding lafaz asal yang datang daripada baginda s.a.w.Tindakan sebegini sepatutnya dihindari secara total oleh umat Islam dan kembali kepada ajaran Nabi s.a.w sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis sahih. Ini kerana, Nabi Muhammad s.a.w adalah makhluk paling sempurna ibadahnya dan yang paling mulia di sisi ALLAH. Sewajarnya kita tidak mencontohi ikutan selain baginda s.a.w.Menurut Syeikh Abu Ubaidah:"Setelah kita ketahui bahawa bacaan selawat kepada Nabi s.a.w merupakan contoh ibadah dan sesuatu bersifat tauqifi. Kita tidak boleh menambah mahupun mengubah lafaz yang telah ditetapkan dengan bentuk formula selawat yang baru. Tindakan itu merupakan salah satu bentuk pembangkangan terhadap pemilik syariat (ALLAH) yang sebenarnya harus kita patuhi dan kita cintai dengan sepenuh hati." - Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Solat, edisi terjemahan oleh W. Djunaeidi S, Pustaka Azzam, Jakarta (2001), ms. 162.Sememangnya, berselawat kepada baginda disyariatkan dalam pelbagai ibadah seperti tasyahhud dalam solat, khutbah, solat jenazah, sesudah azan, saat berdoa, saat namanya disebut dan pelbagai kesempatan lain.


5. Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w.

Antara tanda cinta seseorang kepada Nabi s.a.w adalah mencintai mereka yang dicintai oleh baginda seperti ahli keluarga dan para sahabatnya serta membenci mereka yang memusuhi, membenci serta menentang dakwah baginda.Sabda Rasulullah s.a.w:لاَ تَسُبُّوا أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِي فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَوْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا أَدْرَكَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيفَهُMaksudnya:"Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab Fadhail al-Sohabah, hadis no: 2541.Sabda Nabi s.a.w:أَلاَ أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللَّهِ وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ وَرَغَّبَ فِيهِ ثُمَّ قَالَ وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمْ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمْ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمْ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِيMaksudnya:"Wahai manusia! Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang hampir sahaja utusan TUHANku (malaikat maut) datang menjemputku lalu aku memenuhinya. Aku akan meninggalkan kepadamu tsaqalain (dua perkara yang berat):Pertama, Kitabullah yang berisi petunjuk dan cahaya. Berpegang teguhlah kepada Kitabullah. Baginda menganjurkan atas Kitabullah dan motivasi untuk itu,Kemudian baginda bersabda: Dan juga ahli baitku. Aku mengingatkan kamu semua kepada ALLAH tentang ahli baitku, aku mengingatkan kamu semua kepada ALLAH tentang ahli baitku." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab Fadhail al-Sohabah, hadis no: 2408.Secara logiknya, sesiapa yang mencintai seseorang dia juga akan mencintai apa yang dicintai oleh orang yang disayangi. Hal ini dikuatkan dengan dalil berikut:"Sesungguhnya sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan mencintai segala yang disukainya, yang serupa dengannya dan segala yang ada kaitan dengannya." - Rujuk Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari karya al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani.6. Membenci Orang Yang Dibenci Oleh Nabi s.a.w.Hendaklah kita membenci serta menjauhkan diri daripada mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan yang bertentang dengan syarak. Firman Allah S.W.T..Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-Nya; dan DIA akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. – al-Mujadaalah (58) : 227. Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik.Dewasa ini kita melihat institusi kenabian, hukum-hakam ALLAH serta sunnah-sunnah baginda s.a.w sedang hebat diperlekehkan oleh kelompok-kelompok munafik seperti gerakan Islam liberal, golongan anti hadis, para orientalist dan kelompok sesat yang lain.Oleh itu, antara tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah dengan membantah hujah-hujah golongan tersebut dan membela baginda dengan memberikan penjelasan kepada seluruh umat Islam terhadap isu-isu batil yang dibangkitkan oleh musuh-musuh ALLAH.Sabda Nabi s.a.w:مَنْ يَرُدُّهُمْ عَنَّا وَلَهُ الْجَنَّةُ أَوْ هُوَ رَفِيقِي فِي الْجَنَّةِMaksudnya:"Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab al Jihad wa al-Siyara, hadis no: 1789.ALLAH akan sentiasa menghargai mereka yang membela agama-NYA dengan memberi pertolongan kepada mereka.Firman ALLAH S.W.T:"Sesungguhnya ALLAH pasti menolong mereka yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya ALLAH benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." – Surah al-Haj: 40.Demikianlah beberapa tanda yang menggambarkan hakikat sebenar mencintai Nabi Muhammad s.a.w. Jelas di sini bahawa hakikat mencintai Nabi s.a.w bukanlah satu perkara yang datang hanya setahun sekali, iaitu pada tarikh 12 Rabiul Awal sahaja atau dengan hanya menganjurkan upacara-upacara tertentu sempena maulidur rasul. Malah, mencintai Nabi Muhammad s.a.w adalah satu proses berterusan dan sentiasa perlu diberi perhatian setiap waktu dan ketika.Jelas juga kepada kita bahawa antara ciri-ciri utama golongan yang benar-benar mencintai baginda adalah mereka yang sentiasa berusaha menegakkan sunnah serta menentang bidaah.Semoga sambutan maulidur rasul di Malaysia benar-benar akan menggambarkan hakikat sebenar kecintaan umat Islam di negara ini terhadap Nabi Muhammad s.a.w dengan menyisihkan segala amalan-amalan bidaah yang dikhususkan sempena sambutan hari yang penuh bermakna bagi seluruh umat Islam. Cinta kepada Rasulullah s.a.w dapat dibuktikan dengan ittiba’ (mengikuti sunnah Nabi s.a.w) dan bukan ibtida’ (mengamalkan amalan bidaah).

Tuesday, February 24, 2009


Saya mengambil masa yang panjang berfikir tentang tajuk poligami untuk ditulis di ruangan ini. Pasti lepas ini, mungkin ada wanita pembaca tulisan saya sejak sekian lama akan merajuk atau kurang senang. Pohon saya ingin menyentuh juga tajuk ini bagi berbicara dengan lojik feminis sekularis yang cuba menilai isu ini dengan mentaliti Barat.Secara umumnya, masyarakat ‘Barat’ ini menganggap seseorang lelaki memiliki perempuan simpanan atau ‘mistress’ adalah perkara biasa. Bahkan menjadi trend di Barat ini untuk pasangan hidup bagaikan suami isteri tanpa perkahwinan yang diiktiraf. Bertukar-tukar atau menambah bilangan ‘mistress’ bukanlah satu keganjilan.Namun pemikiran dan undang-undang mereka tidak menerima seseorang lelaki memiliki lebih dari satu isteri atau berpoligami.


Poligami bagi mereka mempunyai unsur penghinaan terhadap wanita, atau unsur kerakusan nafsu lelaki. Sementara perempuan simpanan atau seks dengan wanita tanpa perkahwinan bukan satu penghinaan atau kerakusan nafsu. Eksploitasi setiap inci alur tubuh wanita dalam media mereka juga adalah bagi mereka lambang kebebasan dan kemerdekaan wanita. Adapun wanita muslimah yang menutup auratnya dengan rela adalah lambang kezaliman atau penghalangan hak wanita.Malang sekali, aliran ‘liberal melulu’ yang menghantui sesetengah pihak, termasuk di negara kita yang menonjolkan diri sebagai pejuang hak wanita, menelan cara fikir Barat ini lalu menjadikan isu poligami dan menutup aurat sebagai sasaran.


Berbalik kepada isu poligami, perkara yang selalu dibangkitkan adalah bahawa ia menafikan hak wanita atau merendahkan wanita. Padahal beza antara seorang isteri kedua, atau ketiga, atau keempat dengan seorang wanita simpanan begitu besar.Selain dari soal haram dan halal yang dilihat pada neraca agama, seorang yang berstatus isteri mempunyai hak ke atas suaminya; hak nafkah, hak keturunan anak, hak keadilan pembahagian hari dan harta, hak dihormati dan disayangi, hak untuk tidak dipersiakan apabila jemu dan berbagai lagi.Sementara seorang ‘mistress’ yang ‘dijamah’ dalam senyap atau terang, boleh ditinggalkan tanpa pesan apabila jemu dan diratah apabila bernafsu, tiada apa hak yang boleh dituntut atas kekudusan perkahwinan.Mereka memandang sinis kepada poligami tapi menganggap fonomena biasa bagi perempuan simpanan.


Poligami bagi mereka membawa ketidakadilan antara wanita. Mereka patut ditanya; apakah memiliki perempuan simpanan itu adil bagi wanita? Begitu juga, apakah hidup ‘berumahtangga’ tanpa kahwin itu penghormatan bagi wanita?Ramai masyarakat Barat ini menyangka bahawa hanya Islam sahaja yang mengizinkan poligami. Padahal asalnya, seseorang lelaki Kristian diizinkan berkahwin sebanyak mana bilangan isteri yang dia suka, kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa kurun kebalakangan ini gereja menghadkan bilangan isteri kepada satu.Poligami juga diizinkan dalam Yahudi. Ini berdasarkan undang-undang Talmud, di mana Nabi Ibrahim isterinya tiga, Nabi Sulaiman isterinya seratus. Perlaksanaan poligami berterusan dalam Yahudi sehinggalah Rabai Gersom Ben Yehudah (960-1030M) mengeluarkan perintah menentangnya. Namun masyarakat Yahudi Sephardic yang hidup di kalangan umat Islam terus mengamalkannya sehingga tahun 1950. Namun di Barat, trend hidup pragmatik yang mereka cipta menggantikan agama.


Islam apabila membenarkan poligami, seperti biasa menetapkan dalam setiap perkara peraturan dan disiplinnya. Soal berlaku baik dan adil kepada isteri, bukan sahaja diwajibkan untuk mereka yang berpoligami, bahkan kepada sesiapa yang bermonogami juga wajib melakukan kebaikan dan keadilan kepada isterinya.Jika ada kecuaian mereka yang berpoligami bukan bererti poligami itu buruk, tetapi sikap pelaksananya itu yang salah. Betapa banyak mereka yang monogami yang menzalimi isteri, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dan berbagai lagi. Apakah kerana tindakan salah mereka itu, maka monogami juga patut dilarang? Inilah mentaliti kelompok liberal yang tidak terurus pemikiran mereka.Ramai isteri yang menghantar email kepada saya bahawa mereka tidak dapat terima suami mereka berpoligami.


Ya, itu adalah perasaan yang dikongsi oleh kebanyakan wanita. Apatahlagi jika suami mereka itu tidak menunaikan tanggungjawab yang baik selama belum berpoligami pun.Apabila Allah dan rasulNya mengizinkan poligami, pasti ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Poligami adalah ubat yang dimakan di waktu perlu dan jangan memakannya jika anda tidak memerlukan. Poligami dalam sejarahnya, menyelamatkan wanita-wanita yang kehilangan suami seperti isteri tentera yang terkorban kerana umat. Mungkin mereka masih muda dan perlukan perlindungan. Jika diharapkan orang bujang, biasanya mereka mencari pasangan dara. Siapa yang akan mengambil tanggungjawab ini? Biasanya lelaki yang stabil dan matang mampu mengendalikan mereka. Mereka ini kebanyakan sudah berkahwin.


Saya lihat dalam negara kita, poligami dapat membantu wanita yang baru menganut Islam yang kadang-kala tiada orang bujang yang dapat menjaga mereka dengan baik.Wanita sama seperti lelaki terdedah kepada sakit dan ketidakmampuan seks. Jika suami tidak mampu dari segi seks, isteri boleh menuntut dipisahkan perkahwinan. Jika isteri tidak bermampuan dari segi seks, amat tidak wajar wanita yang lemah dan sakit ditinggalkan begitu. Namun, dalam masa yang sama naluri suami juga hendaklah diraikan. Poligami boleh menyelesaikannya.Begitu juga jika isteri tidak mampu melahirkan zuriat, apakah patut suami menceraikannya? Poligami sebagai penyelesaian keinginan kepada zuriat keturunan. Maka apabila Islam membenarkan poligami, ia adalah ubat.Barangkali juga ada isteri yang tidak terdaya melayan kehendak suami yang ‘tinggi’ dalam seks. Poligami juga jalan keluar dari beban ini. Kadang-kala ada lelaki yang berwibawa yang memampukan dia memiliki lebih dari seorang isteri yang diberi keadilan yang rata.Maka dalam sejarah Islam, poligami tokoh-tokoh telah membuahkan kebaikan ilmu, keluasan keluarga dan keturunan.


Berbagai lagi hikmah poligami yang boleh disenarai panjang. Malang sekali, apabila golongan Pro-Barat atau ‘Islam-Liberal’ ini menyatakan tujuan mereka menentang pologami itu kerana hendak membela wanita, apakah pada mereka selain isteri pertama itu bukan wanita? Wanita itu, bukan isteri pertama sahaja, tetapi setiap yang berjantina wanita termasuk yang akan menjadi isteri kedua dan seterusnya. Perasaan dan kehendak mereka juga adalah tuntutan dan hak wanita yang perlu dihormati.


Pernah saya sebutkan bahawa kadang-kala hukum-hakam Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.Poligami juga adalah jalan keluar kepada kehendak cinta di luar kawalan.


Di zaman ini, untuk seseorang lelaki mendapatkan wanita secara haram, amatlah mudah. Namun jika ada lelaki yang ingin berkahwin sekalipun atas poligami yang membawanya menanggung berbagai risiko, saya rasa dia patut dihormati dan ada nilai tanggungjawab terhadap wanita.Cuma malangnya, poligami ini jika digunakan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab sehingga mencemarkan institusi berkenaan. Apatahlagi golongan anti poligami ini hanya menonjolkan contoh-contoh buruk poligami dan melupai contoh-contoh baik yang banyak. Lelaki-lelaki yang baik dan berkemampuan patut tampil membawa contoh yang baik dalam perlaksanaan poligami. Sementara yang tidak berkemampuan dan ‘lemah’ kewibawaannya untuk adil, maka janganlah memakan ubat yang tidak diperuntukkan untuk anda.
dr-Maza