Thursday, September 25, 2008

Pernahkah kita menjadi tetamunya?



Assalamualaikum..






Teringat dulu ketika zaman kanak-kanak..bagaimana adat dan agama cuba disatukan..Lupakah kita akan malan 7 likur?pada malam itu manusia berlumba-lumba menerangi cahaya rumah mereka dengan pelita dan lilin...Malam yg dimana Rasul SAW menyarankan agar kita semua menambahkan dan melipat gandakan ibadah pada 7 malam terakhir..sebagaimana hadith Rasul

" Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165)."
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر


Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh.

Tetapi sayang, beberapa ramai antara kita yang peka pada hadith ini, yg paliing sedih di'divertkan' Sunnah Nabi ini menjadi malam 7 likur dan menaikkan syiar agama Hindu dengan menyalakan pelita walaupun TNB telah menyediakan kemudahan letrik..ini sudah kufur nikmat namanya..walhal API meupakah syiar agarma majusi..Nauzubillahi min zalik..nasihat saya, jauhilah adat yang merugikan diri sendiri, dan rebutlah 7 terakhir ini untuk menggapai sinar malam lailatul Qadr InsyaAllah..

Sehingga bertemu lagi di coretan lain, wasalam.







Mari Berhari Raya cara Rasul..



Untuk rujukan sahabat yang sentiasa jadikan Sunnah sebagai rujukan dalam setiap penjuru amalan..Ayuh sahabat, tinggalkan ADAT, Hidupkan Sunnah!!

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.


Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri. Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta' أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.” Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.


2. Memakai bau-bauhan yang wangi Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki.


3. Memakai pakaian yang paling baik

Pakaian tidak semestinya baru tettapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765) Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.


4. Makan terlebih dahalu sebelum menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri

Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memkan apa-apa juadah sekali pun. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953) Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari : 2/446)


5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri


Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang dating haid, diasing perempauan yang dating haid daripada perempuan yang boleh solat. Bagi perempauan yang dating haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri. Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata: أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ, فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ. Maksudnya: Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.


6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah r.’anhuma katanya : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ Maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986) Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah) Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat. ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam. v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.


7. Bertakbir pada hari Raya


Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt : وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185) Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya : “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122) Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar. Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya


Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan : 1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ - Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua) 2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati. Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ , Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446) Ini berbeza dengan adat orang Melayu yang mendahulukan adat dengan mengucap MAAF ZAHIR dan BATIN tanpa terlebih dahulu merujuk pada amalan Sunnah.


9. Solat Hari Raya Para

ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz menyebut : “Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.” - Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma : أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”


Lihat artikel “Solat Hari Raya Cara Nabi” tulisan Mohd Yaakub bin Mohd Yunus untuk keterangan lanjut tentang solat hari raya.
Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya

1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya


Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw. Hadith tersebut ialah : من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).” Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah, oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521) Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.

2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya
Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan. Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bida’uha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)

Sayangku Muadz..

Yeye!... esok pose! Yeye..esok pose!” laung si kecil Muadz.
Aku sedang mengadap lap top tika mendengar kegembiraan Muadz mendengar berita tersebut. Malam itu sememangnya aku menjangkakan pengumuman tarikh puasa jatuh sepertimana yang tertera di dalam kalender.

“Ha..esok pose, malam ni ada solat terawih. Muadz ikut Abi pegi solat ok?” kata Ummi kepada Muadz. Dia hanya mengangguk tanda setuju, si kecil Muadz yang berumur 5 tahun itu baru mengenal istilah puasa. Barangkali solat tarawih juga tidak difahaminya.
“Abi, cepatla….!” jerit Muadz di pintu pagar. Bersemangat sungguh dia, lengkap berpakaian baju melayu cekak musang berwarna hijau cair. Dia hanya tahu malam ini solat di masjid seperti mana yang Ummi sarankan. Solat apa? Dia hanya ‘pak turut’ yang setia mengikut. kekadang merajuk nak pakai jubah putih macam abi dia...“Ye..kejap..kejap. Abi tengah bersiap la ni.” sahutku membalas panggilannya. Jam menunjukkan pukul 8 malam, pada hematku masih awal lagi.
Rasanya malam ni teringin nak ke masjid tempat aku menimba ilmu, masjid UIA,tetapi aku batalkan hasrat, mungkin Masjid Wilayah menjadi pembuka ibadah buatku tahun ini..Tibanya di masjid, kelihatan lautan manusia mendatangi masjid, seperti solat ‘Eid di malam hari pula. “Abi, ramainya orang! Semua nak solat ke? Solat apa?” petah betul si Muadz, pantang melihat sesuatu yang pelik, pasti ianya terpacul keluar dari lisannya.
“Orang ramai-ramai ni nak solat isya’, lepas solat SUNAT TARAWIH namanya.” Balasku menjawab persoalannya. Alangkah baiknya jika aku dapat menjawab bahawa orang ramai yang berbondong-bondong ini bergerak menuju masjid menunaikan solat fardhu Subuh.
“Kalau solat Tawarih, dapat apa?” dia berkerut kehairanan. Mungkin terfikir kenapa perlu solat lebih dari yang sepatutnya, yakni sepanjang pengetahuannya hanya solat fardhu yang menjadi kewajiban. “Lagi banyak solat, lagi banyakla dapat pahala, lagi banyak kita kumpul pahala, baru dapat masuk syurga. Faham?” jawabku ringkas sekadar melayan kerenahnya yang suka menyoal. Aku merasakan tidak perlu menceritakan fadhilat-fadhilat setiap malam seandainya solat tarawih sepertimana hadith palsu yang rancak tersebar. Muadz juga akan pening jika diberitahu dia mendapat 70 ribu pahala malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur di sekian-sekian malam Ramadhan
Muadz seperti tidak dapat duduk diam dalam dukunganku. Aku turunkannya dan berlari-lari anak dia ke pintu utama masjid. Dibuka seliparnya dan terus dia lari ke dalam masjid bersama kanak-kanak yang lain. Aku hanya tersenyum kecil melihat gelagat Muadz, barangkali begitu juga gelagatku ketika masih dalam usia kanak-kanak sepertinya.
Aku memasuki masjid, malam pertama Ramadhan memang penuh masjid. Siapa yang tidak menjangkakan keadaan sedemikian rupa? Cuma di pertengahan dan akhir Ramadhan, jumlah penghuni masjid dijangkakan berkurang,barangkali hanya tinggal imam, bilal dan tok siak sahaja sebagai makmum. Inilah modal ucapan sesetengah golongan agamawan untuk mengkritik masyarakat yang tidak istiqamah. Masakan tidak? Pelbagai lapisan masyarakat yang majoritinya tidak bersedia menghadapi malam-malam Ramadhan dipaksa istiqamah 23 rakaat sekaligus, sudah tentu ada yang kecundang di pertengahan medan istiqamah. Tetapi masjid tidak pula dikritik untuk lebih ‘mesra pelanggan’.
Disebabkan lewat, aku hanya mampu berada di saf belakang, aku melihat Muadz berlari-lari di sekitar saf kanak-kanak. Tanganku melambai-lambai memanggil Muadz, terkedek-kedek dia datang ke arahku. Aku mencapai tangannya dan pimpin Muadz bersamaku. Solat di bahagian sebelah kanan musholla lebih mudah untuk menyelinap ke saf-saf hadapan. Alhamdulillah dalam lautan manusia itu aku berpeluang solat di barisan ke lima berhampiran tiang. Elok sahaja tamat menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid, azan isya’ pun berkumandang.
Si kecil Muadz yang berada di sebelahku bersandar pada dinding, sengaja aku menempatkannya di sisiku supaya dia boleh bersandar pada dinding jika kepenatan.
Usai solat isya’ Muadz menoleh ke arahku. “Abi, bila nak balik?” solat tarawih belum lagi bermula, dia sudahpun berkeinginan untuk pulang, bosan barangkali. “Eh.. kan baru sampai, tunggu la. Lepas habis solat kita balik la.ok? Nak masuk syurga tak?” soalku lembut. Muadz mengangguk-angguk, terbeliak biji matanya yang bulat itu menunjukkan kesungguhannya. “Ha.. kalau nak, kenala kumpul pahala banyak-banyak.ok?” Muadz tersenyum mendengar penjelasanku.
Waktu untuk solat sunat Rawatib selepas isya’ aku manfaatkan untuk menuju ke saf hadapan. Tatkala itu ramai yang keluar, mungkin ada yang ingin mengambil nafas di luar jauh dari lautan manusia itu, ada juga yang ingin memperbaharui wudhu’. Alhamdulillah berjaya juga aku sampai ke saf ketiga selepas mengharungi lautan manusia, cuma ianya tidak lagi bersebelahan dengan dinding. Tatkala aku ingin menunaikan solat sunat Rawatib, Muadz berada di sebelahku. Seorang pak cik tua berjubah dan berserban mencuit-cuit bahu kanan Muadz. “Belakang…belakang!” kata pak cik itu. Aku mengalihkan si kecil Muadz ke sebelah kiriku, seorang Abi di sebelahku tersenyum. Pak cik tua itu berkerut tanda tidak kepuasan hatinya, aku melihatnya sambil tersenyum. Dalam hatiku, aku beristighfar atas perbuatanku yang mungkin menyinggung perasaannya. Andai sekiranya pak cik tua itu mengetahui bahawa Rasulullah Sallahu’alaihi Wa Sallam menempatkan Anas Bin Malik bersama anak yatim di belakang baginda Sallahu’alaihi Wa Sallam[2], atau Ibn Abbas yang memasuki saf bersama para sahabat ketika masih dalam usia kecil tanpa dibantah oleh sesiapa[3] , mungkin boleh wujud sikap toleransi dalam isu ini.
Muadz seperti ketakutan, barangkali selepas ditegur supaya ke bahagian belakang, keinginannya untuk pulang semakin membuak-buak. “Abi, kalau solat tawarih kat rumah boleh?” bisik Muadz kepadaku. “Solat tarawih la…bukan solat tawarih.” Nak tergelak aku dibuatnya, aku membetulkan perkataannya kerana dikhuatiri dia terbiasa dengan cara sebutan itu. “Oo…ok..ok.Terawih eh.” Dia tersenyum dengan kesilapannya itu.
“Ummi buat kat rumah boleh je?Kenapa kita kene datang masjid?” Muadz membetulkan songkoknya yang hampir terjatuh. Kemudian dia melihatku, penuh penasaran akan hal yang disoal.
“Ummi kene jaga nenek, kan nenek sakit.” Kata aku sambil memikirkan jika ada dalil-dalil yang menyatakan wajib solat tarawih ditunaikan di surau atau masjid. Hal ini kerana Nabi Sallahu’alaihu ‘Alaihi Wa Sallam sendiri tidak melaksanakan solat Tarawih berjamaah secara tetap sepanjang bulan Ramadhan[4]. Akan tetapi baginda melaksanakannya secara bersendirian kecuali pada beberapa malam terakhir. Tujuannya adalah supaya umat dapat mengetahui bahawa solat Tarawih tidak semestinya berjamaah, akan tetapi boleh dilakukan sama ada secara berjamaah atau bersendirian. Malah, aku juga pernah terbaca fatwa berkenaan hukum wanita pergi menyertai solat tarawih di masjid yang menyatakan wanita boleh keluar menunaikan solat tarawih secara berjamaah jika mereka selamat daripada fitnah, menutup aurat dan tidak memakai perhiasan serta wangian
Lagipun seseorang yang hendak mendirikan solat Tarawih, hendaklah dia perhatikan bahawa dia tidak mengabaikan amalan-amalan wajib atau amalan-amalan lain yang lebih besar manfaatnya. Dalam ertikata lain, hendaklah dia beramal berdasarkan Fiqh al-Awlawiyyat, iaitu memprioritikan sesuatu amalan yang bakal dilakukan. Aku mengangguk sendirian memikirkan priorit yang Ummi lalui.
“Kat rumah pun Ummi boleh la solat terawih ye abi? Ummi mesti nak pahala jugak kan?” soal Muadz serius. Dia mahu Ummi juga dapat pahala, mengejar syurga. “Boleh je, Ummi boleh solat sorang-sorang kat rumah. Itu sebaik-baik masjid bagi Ummi.[5]” Jelas aku ringkas.
“Rumah jadi masjid?” terpinga-pinga aku melihat Muadz cuba memahami pernyataanku. Ah! Jawapan aku terlalu mendalam. Kesian Muadz tak faham. Aku tersenyum lebar.
Kelihatan seorang bertubuh besar keluar dari pejabat masjid di sebelah mimbar, lengkap berjubah putih dan shimagh[6]. Ramadhan kali ini masjid ‘mengimport’ seorang Syiekh dari Arab Saudi untuk mengimami solat Tarawih. Kata orang, bacaan orang arab lebih feeling, betul ke?
“InysaAllah jemaah yang dirahmati Allah sekalian, imam yang akan mengimamkan kita untuk solat Tarawih pada bulan Ramadhan yang mulia ini ialah Syeikh Umar Al-Mokhtar, seorang pensyarah di sebuah unversiti di Arab Saudi.” Teringat aku pengumuman yang dibuat ketika memasuki masjid tadi. Entah kenapa semakin bersemangat pula aku untuk menunaikan solat Tarawih ini. Harap-harap bacaan imam ini sedap dan boleh mendatangkan kekhusyukan dan pemahaman agar dapat lebih menghayati kalam-kalam Allah Subahanallhu Ta’ala.
“Allahuakhbar..” Imam terus bertakbir tanda solat tarawih dimulakan.
Bilal kelihatan terkedu, makmum seolah-olah menunggu, imam pula sudah takbir terlebih dahulu. Mana selawat pembukanya? Aku sempat melihat reaksi makmum di sekeliling dengan sekali imbas, dan terus bertakbir mengikuti imam. Muadz melihatku dan turut takbir bersama. Tiada selawat di perantaraan solat Tarawih? Barangkali ada makmum yang ikut sahaja, ada juga yang masih terpinga-pinga, dan ada pula yang anggap tidak sah solat tarawihnya.
“Muadz jom balik,” kata aku ringkas. Bersinar-sinar mata Muadz kegembiraan. “Jom-jom,” Muadz tersenyum. Selesai lapan rakaat aku menoleh dan melihat kebanyakan makmum bergerak, mahu beransur pulang. Tatkala aku dan Muadz berganjak ke belakang untuk beransur pulang. Pak cik di sebelahku sempat menegurku, “Anak, lain kali kalau solat 8 rakaat je solat saf belakang, bagi peluang yang solat 20 rakaat solat kat depan.” Aku tersentak dengan teguran beliau. Aku hanya mampu tersenyum dan berlalu pergi.
Sedih, marah dan kecewa. Perasaan aku bercampur baur, “Jika dan hanya jika… pak cik tu tahu bahawa merebutkan saf pertama adalah perkara sunnah tanpa mengira bilangan rakaat yang kita buat[7]. Tentu dia tak kata camtu. kesian, tak tahu ke ada hadith kalau kene undi untuk saf depan pun[8], aku sanggup la!” bentak hati kecilku.
Aku memegang erat tangan Muadz, dalam menempuh orang ramai yang beransur pulang itu, aku khuatir Muadz terlepas dari genggaman dan usaha mencarinya di sebalik orang ramai itu akan membuang masa. Muadz ketika itu tersenyum melihatku. Sejuk hatiku melihat kegembiraannya. Kekecewaanku membuatkan aku lupa tidak semua orang mempunyai kefahaman yang sama, semestinya ianya berbeza-beza. Ingin sahaja aku berdialog dengan pak cik itu, agar mungkin dapat aku mengetahui hujahnya yang beranggapan mereka yang solat lapan rakaat hanya layak berada di saf belakang.
“Erm..Imam Arab tu takde baca selawat eh selang-selang solat tadi?”satu suara meyapaku dari sebelah kanan. Segera aku menoleh, Abang yang solat di sebelah Muadz tadi memandang tepat ke arahku. “Abang ni cakap dengan aku ke?” soal hatiku.
“Boleh ke hah?” dia menyambung soalannya sambil memandang tepat ke arahku. Sah! Dia meluahkan persoalan di dalam benaknya kepadaku. “Oh!..tadi tu ke? Tak buat pun takpe. Selawat-selawat antara solat tarawih ni tak buat pun kat Makkah dengan Madinah, boleh je. Hehe..” aku tersenyum memikirkan hujah aku yang entah apa-apa.
“A’ah..tengak kat televisyen diorang solat kat Makkah pun camtu jugak.” ujar pemuda tersebut. pemuda itu kemudiannya melencong ke pintu sebelah kanan masjid setelah bersalaman denganku dan mencuit pipi Muadz yang comel itu.
Selawat di antara solat tarawih? Mungkin inilah hikmah mengapa kita tidak boleh mengkhususkan amalan tersebut seolah-olah ia adalah sebahagian daripada kaifiat solat Tarawih yang disyari‘atkan. Padaku ini antara penyebab utama kenapa ramai orang tidak mengerjakan solat tarawih, alasan mereka kebanyakannya adalah kerana tidak mengetahui bacaan selawat tersebut. Sedangkan tiada satu dalil jelas pun tentang perbuatan berselawat secara jamaah sedemikian di antara solat tarawih dilakukan ketikan zaman Rasulullah Sallahu’alaihi Wa Sallam, para sahabat, tabi’in, dan tabi’ tabi’in. Barangkali ianya atas sebab suasana umat Islam masa kini yang dilanda kemalasan untuk berzikir. Cuma persoalan yang timbul ialah bukan sahaja kerana selawat-selawat itu ditujukan kepada mereka, tetapi mengapa jika ianya satu ibadah yang baik, Rasulullah Sallahu’alaihi Wa Sallam dan para sahabat yang lebih mengetahui dan menentukan apa yang baik atau buruk di sisi Allah Subahanallahu Ta’ala tidak mempelopori ibadah ini? Wallahu’allam.
Aku juga pelik bila nama para khulafa ar-rasyidin ini menjadi sahutan para makmum tatkala selawat di antara solat tarawih, selawat “Radhiallhu’anhu” sehinggakan “Karamallahu Wajhah” menjadi sahutan para jamaah. Tetapi tatkala nama Muhammad Sallahu’alaihi Wa Sallam disebut dalam bulan-bulan biasa, ceramah, dan hatta pertuturan harian, selawat dan salam ke atas baginda sayup-sayup kedengaran nadanya. Lebih jelas kesombongan sesetengah orang apabila nama Nabi Muhammad Sallahu’alaihi Wa Sallam disebut, tiada selawat dan salam yang dihadiahkan kepada baginda.[9]
Tiba-tiba jubahku terasa ditarik dan digoyangkan. Muadz memegang jubahku dan berkata, “Abi, Muadz nak pose esok, boleh?” soalan Muadz membuatku sedikit terkejut. “Ha? Nak pose esok?” Muadz bersuara sebelum aku sempat menyoalnya perkara yang sama, cuma aku pernah terfikir galakan yang wajar aku berikan biarlah ianya tidak bersifat materislistik. Hal ini kerana Muadz membesar di dalam budaya ‘puasa sehari seringgit’. “Esok Muadz cuba-cuba dulu ok?” Aku tidak ingin memaksa dia menghabiskan ibadah itu dari terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari, melatihnya mengikut kemampuan adalah cara yang terbaik.
“Muadz pose sampai waktu rehat boleh?” Muadz tampak bersemangat. “Hehe…boleh.” Tersengih aku mendengar ‘permohonan’nya. Tatkala kanak-kanak lain dibenarkan meneguk air di dalam kelas sewaktu cikgu mengajar, perjuangan si kecil Muadz menunggu waktu rehat tanpa mengisi perut bagiku adalah satu kejayaan. Bak kata pepatah orang putih, “A journey of a thousand miles begins with one step”.
“Kalau kantin tutup esok macam mana?” sengaja aku menyoal Muadz. Aku jangkakan kemampuannya menahan lapar mungkin lebih dari sekadar sehingga waktu rehat.
Muadz diam, tandanya berfikir.“Takpela, Muadz buka pose gak.” Balas Muadz. “Eh..buka pose cene?” aku sangkakan jawapannya ialah dengan memanjangkan sedikit waktu dalam ‘permohonan’nya tadi.
“Muadz korek la hidung[10].” Kata Muadz penuh yakin. “Haahaha..”masakan aku dapat menahan gelak mendengar jawapan si kecil Muadz.

[2] "Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaikah telah menjemput Rasulullah s.a.w. untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. makan sebahagaian darinya kemudian bersabda: "Bangunlah, saya akan mengimamkan sembahyang kamu. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah s.a.w. berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat."[Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, no. 822]
[3] “Daripada Ibn Abbas katanya: "Saya datang dengan menunggang keldai betina, pada ketika itu belum lagi baligh (hampir baligh). Rasulullah s.a.w. sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya ,melalui di hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput. Saya masuk ke dalam saf dan seorangpun tidak membantah saya.” [Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, no. 823]
[4] “Rasulullah saw solat bersama dgn para sahabat selama tiga malam berturut-turut dan pada malam keempat baginda tidak solat bersama. Baginda berkata: Aku takut sekiranya solat sunat itu menjadi kewajipan ke atas kamu atau kamu menganggapnya sebagai suatu amalan yg fardhu.” [Hadith Riwayat Al-Imam Bukhari no.872]
[5] Ummu Salamah r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:“Sebaik-baik masjid bagi wanita ialah di bilik rumah mereka.” [Hadith Riwayat Ahmad]
[6] Shimagh merupakan serban litup yang merupakan budaya bagi masyarakat arab.
[7] “Seandainya orang-orang itu mengetahui apa yang terdapat pada seruan adzan dan shaff pertama kemudian mereka tidak mendapatkan jalan, kecuali harus melakukan undian, nescaya mereka akan melakukannya.” [Hadith Riwayat Imam al-Bukhari ,no. 721 dan Imam Muslim, no. 437]
[8] “Seandainya kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat di shaff terdepan, niscaya akan dilakukan undian.” [Hadith Riwayat Al-Imam Muslim, no.439]
[9] Dari Abu Hurairah ra. berkata : "Sesungguhnya Nabi telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi ) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin." [Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari di dalam Adabul Mufrad]
[10] Fatwa Syeikh Attiyah Saqar: “Puasa tidak terbatal dengan meletakkan jari ke dalam telinga atau kerana membersihkannya dengan cotton pad atau dengan larutan. Memandangkan tiada yang dapat meresap melalui gegendang telinga dan sampai kepada kepala, yang mana ianya juga bukan organ menerima makanan yang menyuburkan tubuh badan.” [Rujukhttp://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543710

Salam buat sahabat-sahabat perjuangan...

Assalamualaikum warahnatullahi wabarakatuh..

Salam pujian buat Rasul junjungan Muhammad al-Mustafa, khatimul anbiya' dan para sahabat-sahabatnya, salafus soleh , mu'minin dan mu'minat dan mereka yang berpegang teguh pada agama sehinggalah pada hari kiamat..

Sudah lama sungguh diri ini tidak menulis..tak berkarya..harap hari ini ia kembali menjadi titik permulaan, dalam masa yang sama dijadikan satu medan untuk menyampaikan dakwah dan berkongsi ilmu dengan para sahabat,.

Semalam, 25/9, aku ke iic, kerana ada temu janji iftar dengan sahabat-sahabat. Sambil menunggu waktu berbuka.,sempat aku 'log in' internet.Terkejut melihat ada dalam 'list web adress' , alamat2 blog sahabat perjuangan, antaranya Izwan, (yg jarang dan kurang berminat IT suatu ketika dulu,hehe), Rizal, Ijat dan sahabat-sahabat yang lain. Lalu hati tersuntik untk bersama berkarya seperti para sahabat.InsyaAllah..

Oklah, sekadar pengenalan, sehingga bertemu lagi di laman seterusnya.Wallahu waliyyu taufiq,wassalm

Abu Muadz alfauzani.