Wednesday, February 18, 2009

Sedarlah wahai wanita..





Assalamualaikum..sesuatu maqalah yang baik untuk ditatapi buat wanita, muslimat dan akhawat..Sesungguhnya fitnah diakhir zaman ini sejak akhir2 ini berpunca dari wanita..maka tdak hairanlah, kejatuhan umat Islam dan kelemahan umat Islam kadangkala dilihat faktornya adalah berpunca dari wanita..mungkin mereka tidak sedar, tapi hakikatnya...dan realitinya..ia sudah diberi peringatan dan diabadikan dalam Quran dan Sunnah akan fitnah wanita..

Kebanyakan pemuda kini majoritinya kenal dan celik dengan teknologi.Pemuda dan pemudi muslim tidak terkecuali.Bahkan ramai antara mereka mempelopori sektor pengajian tinggi dengan pengkhususan teknologi.Kewujudan rangkaian portal sosial boleh menjadi baik dan amat mudah memberi kesan buruk.Bukanlah portal rangkaian sosial itu haram,kerana asal pada suatu muamalah itu adalah harus hingga datang kepada kita dalil yang mengharamkannya.Dunia muslim kini boleh dikatakan bergelumang dengan berbagai masalah.Perpaduan,ancaman akidah,penjajahan dan akhlak. Wanita merupakan aset utama yang menentukan jatuh bangunnya satu bangsa.Dalam masalah rangkaian sosial,kebanyakan wanita gemar bergambar,kemudian meletakkan gambar-gambar mereka yang boleh dikatakan “comel” hingga menarik perhatian lelaki-lelaki sekalian untuk menatapnya .

Ketahuilah,semua ini merupakan FITNAH (kekacauan). Rasulullah bersabda: إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضْرَةٌ وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَ اتَّقُوا النِّسَاءَ فَإنَّ أَوَّلِ فِتْنَةِ بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ“ Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kepada (fitnah) dunia dan takutlah kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Isra’il dari wanitanya.” (HR. Muslim).

Wanita MUNGKIN sesetengahnya mengatakan,kenapa lelaki mudah sangat tertarik?Baru letak gambar biasa dah terpesona.Aku bertanya bagi pihak lelaki : 1.Apa tujuan kamu meletakkan gambar sebegitu untuk tatapan umum? 2.Tidakkah itu semua suatu promosi bagi kamu menarik lelaki seperti aku dan yang lainnya???? apakah kamu lupa dalam sekalian banyaknya nikmat dunia yang Allah kurniakan,lelaki sememangnya tertarik dengan mudahnya kepada wanita?

Apakah kamu terlupa mentadabbur Al-Quran atau lelaki sahaja yang sememangnya bersalah? “dijadikan indah pada pandangan manusia itu kecintaan kepada wanita,anak-anak,harta yang banyak dari emas dan perak,kuda-kuda yang tangkas,binatang ternak dan tanah.Itulah kesenangan hidup didunia;dan disisi Allah tempat kembali terbaik.” Ali Imran :14

Sememangnya kamu merupakan perkara pertama yang dirakam Alquran menjadi tarikan kepada manusia.Allah menciptakan manusia sebegitu rupa,Allahlah sebaik-baik pentadbir.Aku bukan terbaik dalam kalangan keluarga ku, ,aku bukan terbaik –diantara rakan-rakan ku ,Cuma aku menulis meluahkan masalah sebahagian muslimin.

Semoga maqalah diatas menjadi manfaat dan istifadah buat pembaca, sesungguhnya tiada yang lebih berharga kepada seseorang muslim, lelaki andai dikurniakan wanita solehah...dan sebaik2 harta didunia adalah wanita solehah...ini kerana, jika rosaknya wnaita, maka akan rosaknya nasab, keturunan..maka akan hilanglah jati diri orang Islam...akan lebih jauhlah masyarakat dari hidayah....oleh itu...SEDARLAH WAHAI WANITA!

1 Comments:

At February 22, 2009 at 9:02 PM , Blogger izwan ali wasi said...

Wanita.. hiasan dunia..
seindah hiasan adalah wanita solehah

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home