Tuesday, January 20, 2009

Bahang yang makin dirasa..

Salam buat semua...

Jam menunjukkan pukul 8.05 mlm...huh..masih lagi di pejabat, tapi tak keseorang..masih terdapat 3 orang staff Acad yang masih tekun bekerja dan membuat 'overtime'...kekadang merenung hasil kerja mereka mencari rezki untuk bekalan kehidupan buat kita bersyukur akan kurniaan Allah dan apa yang dikurniakan buat hamba-Nya..kekadang, dengan nikmat yang ada, diri ni masih lagi rasa tidak cukup...tapi...bila kita melihat dan merenung pada insan yang dibawah kita, maka SYUKUR itu harusnya hadir dalam diri manusia...manusia jelas tak pernah puas apa yang mereka kecapi..kenapa ya..kekadang saya cuba merenung diri sendiri..mengimbau sejarah, menyingkap kenangan, membelek sejarah...byk yang perlu kita pelajari...perlu kita hayati..demi mencapai kepuasan hidup...kepuasan yang mungkin sukar untuk diterjemah...selagi ia diiringi dengan rasa nafsu...

Semalam...adalah hari yang amat menyedihkan..menjadi 'ustaz tunggal' dikolej ini benar2 mencabar saya sebagai insan yang penuh dengan tanggungjawab..ditambah dengan tugas2 yang perlu dilaksanakan sebagai Encik@ MR Ahmad Fauzan Yahaya...sebagai DCEO ACAD...tapi alhamdulillah..rasa lega dan tersenyum keseorangan..walaupun dengan jawatan yang ada..pangilan 'ustaz' masih tak lekang dan sebati dibibir staff iic...mung ustaz fauzan sudah tidak boleh diubah kepada Encik Ahmad Fauzan..:) emm..bukan bangga menjadi ustaz, tapi pada saya, ini suatu penghargaan dan amanah yang besar yang harus dipukul...apatah lagi..hilangnya sahabat2 yang mendokong title ustaz seperti sahabatku mahiz, izwan, wan arif...semua ini adalah rakan2ku yang sentiasa bersama membawa amanah menyeru kearah kebaikan, dan mencegah kepada kemungkaran....

Tapi..Allah maha adil..tidak dia tinggalkan hambaNya keseorang, mungkin dengan kehilangan mereka itu, saya digantikan dengan pelajar2 DIC( Sains Islam)..yang mungkin ruh dan semangatnya dalam memartabatkan agama Islam dan Sunnah Rasul serba sedikit melegakan saya...

Mencari titik2 kesinambungan dan titik perjuangan sahabat2 amatlah sukar..sukar untuk menghadapinya keseorang...semalam saya telah menangkap dua orang pelajar IIC yang duduk serumah dan bersekedudukan..ALlahu Akbar..terlampau sedih memikirkan anak muda baik laki mahupun perempuan yang terlalu jauh tersasar...Ya Allah, berikanlah mereka hidayah..sesungguhnya hidayah itu adalah milikMu....

MElihat senario waqi' (keadaan) semasa kolej adalah amat menyedihkan...ketiadaan Ustaz Wan Arif betul2 dirasai...huh..atau dikalangan kami dikenali sebagi Tok Wey..:)..ternyata, jelas dan jauh berbeza...makin ramai yang berani menyimpan rambut panjang, yang berani memakai tight jeans...coupling..dan puluhan atau mungkin ratusan yang ingkar dan berani..malah seolah2 tidak sedar bahawa mereka sebenarnya di bawah bumbung kolej ISLAM antarabangsa...KEsedihan ini akan berterusan dan bilakah akan berakhir..kekadang terasa nak je jaga disiplin..tapi nanti takut nanti dikata gila kuasa...tapi insyaAllah, akan cuba bersama2 mencegah segala jenis kemungkaran dan sentiasa mahu mendidik anak2 bangsa..demi melihat tamadun Islam berkembang maju memusnahkan tamadun kuffar...

Oklah..dah waktu Isya', rasanya nak berkemas dan mengorak langkah mencari ketenangan dan memberi hak kepada tubuh yang dianugerah olehNYA...Esok apakah lagi yang bakal ditempuhi?sesungguhnya Bahang dari hari kehari semakin dirasa!!

See ya then...
Wasalam

From desk of DCEO of ACAD
840pm

2 Comments:

At January 20, 2009 at 7:42 PM , Blogger Muhammady7 said...

السلام عليكم
جزك الله جيرالكثيرايااستذ
Tepat dan pantas tindakan ust.

الف شكرا

 
At January 28, 2009 at 9:33 PM , Blogger izwan ali wasi said...

teruskan da'wahmu sahabat.amanah ini pernak kita pikul bersama.walaupun sudah berbeza medan dakwah, iic tetap dlm ingatan.alangkah indahnya saat2 lalu.semoga Allah meredhaimu

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home