Sunday, January 18, 2009

Hijrah 1430...

Salam alaikum..

MasyaAllah..lama sungguh tak mengangkat pena...entah mengapa, hari ni terasa sngat nak exercise jadi di papan keyboard ni...tiba2 tersentap yang diri ini sudah lama tak menyibukkan diri dalam urusan dakwah..

Hijrah...usiaku sudah melangkah masuk ke angka-3...AHmad Fauzan ..anda sudah mencecah 30..ari demi hari, tahun demi tahun...masa berlalu dgn cepat..dan aku sudah di angkat 30..sudah masuk pertengahan jangka masa hidup hayat umat Muhammad...di mana diriku pada next 20 years?or 30 yearS?adakah ruh masih dikandung jasad?atau sudah dipasak pada bumi yang beralaskan tanah, berpakaikan kafan?Allahu akbar..bila difikir tentang kematian...hilang sekejap impian dunia...kerana tiada apa yang bernilai bila ajal bertemu dan datang menyapa...Sehebat mana insan, sekaya mana insan, setinggi mana insan...saat itu pasti menjelma..dan disaat itulah..kita akan merasa kekerdilan kita sebagai INSAN...untuk bertemu Rabbul Jalil...

Hari ni 19 Januari...emm..aku meneruskan hidup..meneruskan rutin harian...sebagai insan,suami, bapa...dan sebagai seorang insan yang diberikan amanah untuk menjadi orang kedua selepas CEO di KOlej Islam Antarabangsa...sedar tak sedar..dah hampir 3 bulan aku memegang tampuk DCEO Acad...namun masih belum nampak sebarang perubahan yang 'besar' yang boleh aku lakukan...masih diperingkat menyesuaikan diri dan mengkaji keadaan semasa di kolej ini...Semoga Allah berikanku kekuatan...

Kebetulan...2 minggu ini, jadual harian sibuk untuk menjalankan siasatan berkenaan kes kecederaan anak kepada staff iic..pening juga dibuatnya..sampai demam..dan dalam masa yang sama..belum sempat untuk meninjau2 program PIOH (Palestin in OUr heart)...program tahunan kolej..yang diasaskan oleh Ustazah Masyitah...seorang sahabatku yang berjiwa besi...kental ..mengenali dia adalah satu keunikan..kekadang tersenyum melihat telatah 'agresifnya'...tapi berkesan dan berhasil....tapi disebalik kekerasan dan keagresifannya...tenyata tak boleh elak dari firatal Allah ..fitral Allah..yang perempuan itu lemah dan berjiwa lembut..syabas ustazah masyitah...di atas usahamu, ia masih lagi diteruskan...bertepatan dengan sabda Rasul..."Sesiapa yang menganjurkan sesuatu yang baik dalam Islam..maka baginya ganjaran dan ganjaran bagi mereka yang mengikut dan meneruskan sunah yang dianjurkan olehnya hingga hari kiamat"...Allahu akbar...

Cuma...
Sediikit ralat dengan program PIOH kali ini...mungkin kerana student2 diberi kelonggaran dan kebebasan untuk melakukan program pioh ni...maka ada yang terlepas pandang.kalau dulu semuanya sentiasa berdiskusi...sesama Ustaz2 di iic..tapi sekarang..dek kerana yang bernama Ustaz hanyalah Istaz Fauzan...maka inilah yang terjadi..:)..

Program yang dianjurkan kali ini, suka sekali saya nyatakan amatlah baik..suatu benda yang saya kira 'hasan'...dalam menterjemahkan rasa derita yang dialami oleh rakyat palestin..cuma dalam kita ghairah merealisasikannya..maka jgn lupa ianya perlu diasaskan oleh QUran dan Sunnah Rasul SAW...kita mungkin rasa kurang selesa dengan setiap apa yang ingin kita lakukan..wajib kita mengikut QUran dan Sunnah...tapi itulah hakikat danrealitinya...bergelar HAMBA ALLAH dan pengikut Rasul dan Ummat Muhammad..maka jgn sesekali kita pinggirkan disiplin membudayakan segala sesuatu mengikut neraca Quran dan Sunnah...

TErdengar suara2 yang Ustaz Fauzan tak memberikan kerjasama dan sokongan dalam program PIOH ni...kekadang tersenyum gak..dikesempatan ini,susah nak gambarkan situasi yang kita kena hadapi..sudah menjadi lumrah alam, bila kita berada di atas, akan ada suara2 yang berbunyi...kekadang ia baik untuk memajukan diri..tetapi kekadang ia boleh membinasakan kita bila kita mengmbil mudah tanpa cuba menyelesaikannya...

Program2 yang dibawa mmg menarik..tetapi kekadang perlu juga pada teguran...program seperti solat hajat + Qunut Nazilah bukanlah suatu amalan yang didokong oleh Sunnah Rasul dan para sahabatnya..sudahlah solat hajat dilakukan secara berjamaah....ditambah pula dengan Quunut Nazilah..ini kerana..QUnut Nazilah dilakukan hanya pada solat fardhu...So, smgat saja tidak cukup, tanpa mengambil kira manhaj atau pendekatan salaf al-soleh....ini amatlah penting...

Yang lain, saya kira masih lagi boleh ditoleransi..dek kerana keadaan semasa...kekadang nak menyekat semangat yg membara dikalangan muda mudi ni pun bermasalah..cuma pesanan saya..hati2 dalam usaha kita menegakkan keadilan dibumi Allah..jgn terlalu ghuluw dan melampau...ingat firman Allah, ketika Allah menegur kaum Muslimin agar tidak mencaci maki tuhan2 Musrikin...ini kerana bimbang dengan kejahilan mereka, mereka akan kembali dengan cacian yang dahsyat kepada Allah SWT...jelas ayat itu satu msg kepada kita agar setiap yang ingin kita lakukan, perlu dihalusi dan dikaji dengan kritis dan teliti...jgn hanya semangat tanpa ilmu merosakkan tahun hijrah 1430...

Selamat berjaya buat semua..wallahu waliyyu taufiq..

From desk of DCEO ACAD,10;45am

6 Comments:

At January 19, 2009 at 8:30 PM , Blogger [SHE] said...

Salam alayk...
Syukran jazilan atas segala nasihat ustaz...hrpnya ustaz dpt turun padang...actually ana sendiri byk x puas hati dgn bbrp progrm PIOH...tp nk wat mcmana, sy ni insan kerdil yg tlalu sedikit ilmu...nk bdebat, kkurangan hujah...

 
At January 20, 2009 at 4:14 AM , Blogger abumuadz said...

InsyaALlah..Dengan izin Allah..terlalu byk workload yang perlu ditangani..Allahu Rabbi..

 
At January 20, 2009 at 10:10 AM , Blogger Muhammady7 said...

This comment has been removed by the author.

 
At January 20, 2009 at 10:24 AM , Blogger Muhammady7 said...

السلام عليكم
begitulah lumrah dalam mengeakkan sunnah,teradang sampai "syahid".Ana ingatkan di sini ana apat lari drpd jadi tekong ritual2 bid'ah,namun ....
قدرالله على مشافعل والله الممستعان

 
At January 28, 2009 at 9:39 PM , Blogger izwan ali wasi said...

Ana cadangkan invite Dr Hafidzi Mohd Noor,Pengarah,
Palestinian Center of Excellence (PACE) bg talk kat iic

 
At February 2, 2009 at 9:38 AM , Blogger D said...

salam ustaz..saya antara yg mmbantu pengurusan prog PIOH kali ni
tak nafikan byk kelemahan pada prog kali ni..tapi sokongan lecturer byk membantu..syukran ustaz..

tp maaf saya katakan..saya sedikit terkilan dengan apa yg terjadi..sahabat saya menguruskan solat hajat tu..dia terkilan krn tiada yg menegur dia jika ada kesilapan dari segi aturan..
sebaliknya..komiti byk ckp belakang..dan hanya mula bercakap pd hari kejadian..bagaimana hndak meneruskan program kalau begini??
sedangkan dia juga insan yg tidak lengkap ilmunya tapi masih boleh menerima teguran..sedangkan rujukan dari ustaz juga di peroleh..
saya harap perkara ini tidak berlaku lagi..
sokongan dari ustaz amat saya hargai..
saya jugak kecewa ada komiti yg sudah mula tidak bersemangat atas kesilapan2 spt ini, tp tak ambil inisiatif utk beri alternatif cdgn lain atau menegur kpd pengurusan..mahupun perbincangan juga tiada, sebaliknya terus menyalahkan..
tapi itu sedikit pun tak mematahkan semangat kami dlm meneruskan program PIOH 3 kali ni..
tapi kita hanya merancang..tapi aturan Allah yg terbaik..

kami di pihak pengurusan PIOH mngharapkan sokongan dan teguran baik dari pihak pengajar..terima kasih saya ucapkan..=)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home