Tuesday, November 18, 2008

Bila manusia mencabar hukum yang Esa...

Salam buat semua...

Emm...baru je masuk ofis...so, waktu masih awal..730..:)awal datang keje..staff pun tak mai lagi..semangat benar DCEO ni ye..maklumlah..memegang moto..'pemimpin itu sedikit bicara, byk kerja"...

Sekadar nak share, smlm ada terdengar budak2 sembang kat kedai mamak pasal isu pengkid..isu yang kuat mendapat respon lately ni..lebih2 lagi beberapa NGO mempertikaikan keputusan fatwa..bahawa pengkid itu adalah satu kebebasan dan hak manusia..Wal ayazabillah..

Sebenarnya...jika dinilai dari segi ilmu fiqh dan usul...isu pengkid ini sudah tidak perlu kepada FATWA..fatwa adalah suatu benda yang berlu dibincang dikalangan ulama setempat, semasa berdasarkan benda yang kurang jelas, dan tidak dinyatakan secara detail di dalam al-Quran mahupun al-Sunnah Rasul SAW....ini amat tidak berketepatan dalam isu pengkid yang mana ianya jelas dinyatakan di dalam hadith Rasul SAW bahawa Allah melaknat mereka menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki,...jelas ini tidak memerlukan kepada fatwa..disini Jakim perlu memainkan peranan...jgn hanya pandai membuat program maulud sahaja, tilawah Quran, musabaqah itu dan ini..tetapi lupa kepada tanggungjawab asas....Jgn dibiarkan ugama kita dipertikaikan dek golongan yang jahil..

Jika jakim ikhlas untuk memperkasakan institusi majlis fatwa, berapa byk lagi benda yang boleh dibahaskan, antaranya isu I.S.A, isu peraduan SMS, isu nikah di thailand, tanpa wali, isu menyembah raja dengan ucapan 'sembah patik harap diampun"..byk lagi...bukanlah isu yang sudah ada ketetapan di dalam al-Quran dan Sunnah rasul SAW...atau yang terbaru, isu yang bakal dibincangkan iaitu pengamalan yoga dalam kehidupan orang Islam..

Akan tetapi..yang peliknya..isu pengkid ini tidak disamaratakan dengan lelaki menyerupai perempuan...adakah itu wajar?kenapa ditekankan pengkid tanpa menghalusi majoriti yang cuba menyerupai wanita?Berapa byk lelaki lembut yang begitu bangga menonjolkan kelembutan mereka malah kekadang melebihi kelembuatn para wanita?

Dengar hanya berdalilkan slogan HAK ASASI MANUSIA, adakah wajar kita melayan semua tuntutan mungkar ini?adakah dgn slogan haq, akan muncul tandas pengkid?tandas mak nyah?adakah mereka ini boleh sesuka hati memasuki tandas dek kerana tidak ada putus akan jantina mereka?inikah hak??Inilah mereka2 yang berselindung disebalik Islam liberal...

Inilah realiti hidup manusia...manusia di akhir zaman, bila manusia yang tidak punyai latar belakang, manusia2 yang tidak tahu entah ke mana asal mereka, tiba2 muncul untuk memberi ulasan pada ugama....sebagaimana sabda Rasul SAW:

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh yang berucap tentang urusan orang ramai.” (Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih)

Benarlah sabda junjungan...bila manusia yang 'bodoh' dan 'jahil', tapi bercakap benda yang penting kepada Ummah....inilah padah bila MANUSIA MENCABAR HUKUM YANG ESA....

Wasalam

from Desk of DCEO ACAD..1.15pm

1 Comments:

At November 19, 2008 at 11:59 PM , Blogger JALAN REBUNG said...

banyakkan bersabar sheikh ...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home