Tuesday, January 20, 2009

Hijab, niqab & Purdah....



Salam ala man ittaba al-huda...ermm..baru je sampai ofis..perut terasa lapar..tapi dalam terasa lapar sambil menunggu rakan, terasa pula ingin berkongsi dgn rakan2 blog akan sedikit isu dibwah ruang dan iklim di IIC...

Hijab...sesuatu nama yang cukup 'general'..ia boleh diertikan sebagai tabir..penghalang, penghadang, pelindung...niqab..bagi nama arabnya, dan purdah bagi melayunya...masing2 mempunyai tujuan dan maqsad yang sama..iaitu memilihara insan dan mempertahankan insan lebih2 lagi dalam menjaga maruah dan syakhsiah diri...

Semalam, kecoh sedikit dikalangan pelajar DIC (Dip Islamic Contemporary) apabila seorang lecturer mengarahkan mereka yang 'berpurdah' untuk 'unveiled' atau 'uncovered'...ketika mereka khusuk dan asyik di dalam dewan exam...perasaan sedih berbaur kecewa...bila mendapat tahu berita seperti itu..sedih kerana saya sebagai orang yang 'berkuasa' di bahagian Academic..dan exam unit dibawah naungan saya, benda ini boleh terjadi...

Tetapi, hendak melenting membuta tuli akan merumitkan keadaan..lalu saya cuba siasat, apa alasan disebalik penguatkuasaan itu, apa justifiasi disebalik arahan itu, dan apa implikasi ke atas kes ini...bermula dengan saya melangkah ke dalam dewan exam bertnya kepada 'invigilators' siapa yang mengarahkan agar purdah ditanggalkan, tapi tiada seorang pun yang mengaku...lalu sambil berlalu, saya melihat...seorang sahabiah yang masih menjawab soalan peperiksaan..tetapi purdahnya terbuka...maka dengan segera saya mengarahkan agar ianya dikembalikan pada asalnya dan meminta dia berjumpa dengan saya selepas tamat exam...

Kekadang pelik dengan manusia..saya pernah menerima kritikan dan cuga cadangan agar tidak mengganggu student yang berambut panjang, bermasalah dalam pemakaian, semata2 kerana takut mengganggu emosi student ketika menjawab soalan exam...akan tetapi butakah dan amat singkat pemikiran mereka, sekiranya mereka yang cuba menjaga shaksiah dan pemakaian mereka diganggu dengan benda seperti ini...ini adalah Kolej Islam...kolej apa lagi yang mampu kita harapkan untuk mempertahankan haq dan sunnah Rasul melainkan Kolej Islams endiri?emmm..entahla...

Lalu, selepas disiasat dengan Madam Shahmsiah, manager dibawah pentadbiran saya..maka dia mengaku mengarahkan agar dicheck student yang berpurdah..dan dia berkata berlaku silap faham diantara committee exam unit..bukan untuk tanggalkan sehingga tamat exam...secara peribadi...saya bersetuju, andai peraturan untuk mengenal pasti orang yang berpurdah adalah orang yang layak dan berhak untuk menduduki exam tersebut..ini kita lihat dari segi keperluannya..akan tetapi ianya haruslah dilakukan secara berhikmah dan teliti...kemungkinan tetap ada...manusia sekarang boleh menjadi apa sahaja..dan kita bukan sekadar menilai dari pakaian..kekadang, golongan2 yang jahat akan mengambil peluang menggunakan identiti orang yang baik, utuk merosakkan penampilan dan imej yang baik itu snediri..

Jika undang2 dan peraturan ini ingin dilaksanakan...maka ianya haruslah diamalkan sebagaimana langkah2 dibawah:

1. Memastikan kad matrik itu dihasilkan dengan si pemakai purdah itu menanggalkannnya sebentar dan diawasi oleh pegawai perempuan..agar aib si pemakai terjaga.andai tidak ditanggalkan maka tiada guna untuk membuat pengecaman pada hari peperiksaan. Adakah boleh?Dibolehkan menanggalkan atas sebab dharah dan hajat..kepentingan dan keperluan..atas dasar keselamatan.

2. Pegawai peperiksaan yang melakukan pengecaman haruslah dikalangan perempuan dan pengecaman itu perlu dilakukan secara 'silent inspection' dan menghormati si pemakai..saya kira si pegawai adalah waras dan tajam penglihatan hanya sekali imbas, insyaAllah dapat mengenal pasti si pemakai.

3. Si pemakai pula haruslah menghormati tugas pegawai pemeriksaan dan sentiasa bersedia membuktikan bahawa orang yang berpurdah sentiasa mengawasi syakhsiah diri, akhlaq peribadi dan menghormati orang lain...dan memahami dasar2 yang diambil bukan untuk aib tetapi atas asbab2 yang kukuh bagi menjamin penyalahgunaan purdah...

4. Yang terbaik..si pemakai purdah meminta pegawai peperiksaan membuat pengecaman diluar dewan andai dikhuatiri ada mahram2 dan lelaki disekitarnya.

Andai langkah2 ini diambil...insyaAllah, benda ini dapat dilakukan dengan baik..dan masalah2 seperti ini akan dapat dielakkan dan cuba untuk 'win-win situation'.Semoga apa yang ditulis menjadi manfaat buat semua, andai salah dan silap, ini hanyalah dari insan yang lemah yang bersifat Hamba...

Akhir kata, ayuh kita cuba galakkan pemakaian...Hijab, niqab dan PUrdah...ianya Mustahab(highly encouraged)..jangan mengatakan si pemakai itu melampau, radikal, syadid, jumud...akan tetapi bersangka baik dan hormatilah mereka, dan jgn mengatakan kepada yang tidak berpurdah itu wanita yang tak pandai menjaga diri, tak menjaga maruah, tidak mengambil berat, akan tetapi doakan mereka agar suatu hari nanti dia akan menjadi yang lebih baik...Wajibkah ia, Sunnahkah ia...ianya tetap menjadi benda yang 'hassan' (baik)..tidak kira apa namanya..Hijab,niqab or purdah?yang penting peranannya sama..Wallahu alam.

From desk of DCEO of ACAD, 835am

7 Comments:

At January 20, 2009 at 8:20 PM , Blogger Muhammady7 said...

السلام عليكم
جزك الله جيرالكثيرايااستذ
Tepat dan pantas tindakan ust.

الف شكرا

 
At January 20, 2009 at 9:45 PM , Blogger [SHE] said...

Salam alayk...
mmg tkejut sgt2 apatah lg 2 org akhwat yg tlibat adalah anak usrah ana...apa pun mga tidak akn berulang lg...

me:sblm ni x pnh ada pun kes mcm ni even teman ana smpi dh g praktikal x pnh diarah utk buka purdah dlm dwn exm...

 
At January 21, 2009 at 6:51 AM , Blogger ♥MiSs WaFa♥ said...

salam..syukran ust fauzan..erm..klu lectrer tu suruh buka untuk sementara waktu sahaja untuk dia saja tgk,xpe...xslh..tp dia kata."xboleh pakai purdah dlm dewan exam"..xboleh pakai sbb ni undang2 dlm dewan exam..dia siap tanye .."awk dah kawen ke blm"..."klu blm,buka!"..k..wallahua'lam

 
At January 23, 2009 at 7:15 AM , Blogger Ummu Mukhlis said...

alhamdulillah..

sangat2 terkilan dengan apa yg berlaku!

tepat..pantas..(betul tu faiz)

 
At January 28, 2009 at 9:26 PM , Blogger izwan ali wasi said...

Pesanan Nabi saw
استوصوا بالنساء خيرا

 
At February 1, 2009 at 6:43 AM , Blogger abumuadz said...

Fajazakumullah para sahabat yg bagi respon.

Beginilah, bila akhir zaman, mempraktiikan Sunnah dipandang serong oleh masyarakat kita..Semoga kita sentiasa dibawah petunjukNya..

 
At February 26, 2009 at 8:48 PM , Blogger Shams Ali said...

Salam.Ustaz, ana speechless..x tau pula ustaz dah ada blog. anyway i'm ur ex-student.. kalo ustaz masih ingat lagi shamsiah. Tak sangka pula perkara ini boleh terjadi..apa pun ana ada pengajaran yang besar untuk kita semua di sebalik kisah ini. By the way bnyk dengar perkembangan ustaz.. moga sgalanya Allah tetapkan yang terbaik. Ustaz nak jemput ustaz ke kenduri walimah ana pada 29 Mac 2009 (harap ustaz sudi emailkan alamat ustaz pada ana di serikandisufi@yahoo.com).. tak tau nak contact ustaz macam mana, tapi harap ustaz berkelapangan untuk hadir... ther is too many things that make u as unforgattable memmry of IIC in me especially for ur taughts that bring me as what i'm today..doakan ana istiqamah ustaz....nak kembali ke alam student dulu..alam nakal2 dengan aishah, ina, faizur, hafiz n ramai lagi kawn2 lain..miss my old dayz...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home