Thursday, October 16, 2008

Aku, ustaz dan orang awam

Artikel Arkib..

Assalamualaikum wrth wbrth.Lama jugak tak berkongsi luahan kat cmis corner nih..sekali sekala sebelum balik dari ofis ni, ada baiknya kita coretkan beberapa kisah buat tatapan sahabat..

Bila sebut pasal Kolej Islam antarabangsa. .sekarang ni semua orang akan teringatkan kisah pembunuhan juliana, dan yang terbaru kisah 19 gadis yang diintai oleh seorang Chinese yang tak dikenali. Kita tingggalkan dulu kisah 19 gadis yang malang ini yang maruah dijaja secara tidak sengaja..

Title ustaz adalah suatu gelaran yang berat buat kita ynag bergelar ustaz dan ustazah, tetapi dalam masa yang sama kekadang ada peranan yang kita bawa kekadang tidak boleh dijalankan oleh orang lain, dan sometimes, orang lain sangat memerlukan kita. Bila? bila ia ada kena mengena dengan upacara yang kononnya perlu didasari dengan agama hanya dalam bab ini sahaja.Antaranya soal nikah kawin, kematian dan memohon hajat dan keampunan kepada Allah..moralnya, Ustaz ni hanya boleh diguna pakai dalam setengah bab sahaja..

Kisah yang hendak dikongsi ini adalah hanya untuk bacaan masa lapang buat sahabat..alkisahnya sebagai warden Sri Kucing, selalu jugak memantau keadaan di sekitar hostel..sukar nak memantau Hostel yang tidak berpagar..pagar secara hakikatnya mmg tiada, ditambah pula bila hati tidak pernah 'dipagar' dan tak 'berpagar'. Inilah yang susah..bila bagi kebun yang sudah rosak binasa dilanda gajah dan haiwan liar..nak cultivate balik agak susah, kena pakai traktor balik, silap haribulan kena gali balik dan korek balik..agar tanah itu kembali subuh..Sejak kejadian pelajar kita jatuh dari tingkat 4, rasa juga diri dihantui rasa bersalah, tapi bila rationalize balik, tanggungjawab kita dan mungkin kesedaran berguna buat mangsa.Allahu ta'ala 'a'lam.

Pada pagi sabtu 5 pagi yang lalu, saya menerima panggilan dari seorang yang tidak dikenali..
x: Assalamualaikum Ustaz.

si Ustaz : Waalaikumusslam.

x: Maaf ganggu ustaz pagi2 ni..ni ustaz nak mintak tolongg,apa dah jadi ni , lelaki dan perempuan tidur sekali, kami dah tak tahan ustaz dengan perangai dia, mintak ustaz datang dan buat spotcheck.ini maksiat ustaz! (tiba2 telefon terputus.may be tak cukup kredit)Saya yang masih terpinga2 dan tertanya2 siapakah geranngan budak ini..so, dengan rasa bertanggungjawab dan rasa tidak redha kepada maksiat..saya telah menghantar msg ( tak de duit nak call,hehe).. bertanyakan particulars dan details ttg apa yang berlaku..di mana, bila ia berlaku...msg itu tidak dibalas sehingalah jam 7 pagi..telefon berdering..

x : Ustaz..macam mana ni ustaz.boleh tak tolong kami.

Ustaz: Ok2..bagitau je rumah mana, saya dan cik fizan akan datang sekarnag. Just bagitau .

x: Ok ustaz..kami dah perangkap dia ni,kami kat ruang tamu sekarang.tak bagi laki tu keluar.kami dah call Jawi, tapi jawi kata lain kali ( ini lah jawi, kalau bab mengintip cepat, nak tangkap lembab dan byk alasan). Okay,ustaz ambik alamat kami ni..( dia bagi siap full adress, no.rumah tangga mana)Ustaz : takpe2..saya warden mmg tinggal sini. (dalam hati tertanya2 napa sampai bagi full adress detail dengan nama jalan siap kan mark sekali..may be budak baru kot, x tahu warden ppun area sini)..So..saya pun msg budak tu dan plak untuk buat tangkapan. Sampai di bawah, mmg muka budak perempuan ni tidak ku pernah lihat dan dikenali..siapa pulak gerangan mereka ini..Bila sampai...:

x : Ustaz, mereka masih ada dalam bilik.Ustaz naik je..tapi ustaz jgn bagitau kami yang bagi maklumat plak, ckp ustaz dapat mana2.

Ustaz: takpelah.nanti kita settlekan kat kolej dan panggil parents,

x: eh, kami bukan student,.orang awa kat sini dan just nak mintak pertolongan ustaz je.Ustaz :

La haula wa la quwwata illa billah. Orang awam rupanya.Adus. .ketawa jugaklah. Napa tak bagitau awal2..nasib baiklah tak pergi rumah tu dan tak brainwash kaw2..:)silap haribulan, ustaz ni kena humban dari tingkat 4.

x: Maaflah ustaz.Kami hanya nak mintak tolong since kami dah tak tahan dengan gelagat dan perilaku sahabat kami ni.

Ustaz : si ustaz ni tersenyum dengan kepekaan dan rasa tanggungajawab sebagi orang Islam dalam menjaga maruah agama. Apa lagi, ustaz tu pun menerangkan prosedur2 yang perlu dan batas2 yang membuatkan ustaz tak leh membuat serbuan. (nanti orang awam plak terjun)..hehheMoral of da story, penting jugak peranan ustaz bila tiba time cam ni ye.plus..aura jatuh tingkat 4 sampai ke telinga orang awam ni:)

Sekadar bacaan sahabat-sahabat..

Wednesday, October 15, 2008

Aku memang pencinta wanita...tapi...aku buaya?hehheh


"Wahai muslimah yang dikasihi..maqalah ringkas ini ditujukan buat mereka yang mempunyai ibu, adik-adik perempuan, kakak-kakak, atau saudara –saudara perempuan agar dapat memberi peringatan buat semua...Islam adalah agama yang berlatar belakangkan nasihat..Ayuh Muslimah, genggam erat Sunnah Rasulmu, dan Sunnah Ummul Mu'mininmu, demi membuktikan dirimu suatu benda yang berharga, suatu aset yang tiada nilainya..malah Rasululla bersabda:,: sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..dan ingatlah kekuatanmu adalah pada budi pekertimu, dan kelembutanmu dan malumu adalan suatu perisai buat dirimu, Disebalik tabir dirimu, disebalik bersih wajahmu, ada rahsia agung, tersembunyi dalam diri..itulah sekeping hati, yang takut pada Illahi, tanda ketaatn insan pada HambaNya..."






Engkau-Kah Pencinta Wanita?

Salam ala man ittaba'a al-huda..
Em, semalam semasa saya balik dari kolej, singgah sekejap di sebuah restoran mamak Thaqwa Taman Billion, cuba-cuba mencari seteguk air dan sesuap nasi sementara menunggu azan Isya'.Emmm, sambil tunggu tom yam dan khailan ikan masin yang masih dalam kuali abg Bacha, J..lalu terdengar lagu yang sudah lama tidak saya dengari, tapi liriknya semacam agak kerap saya dengari dari siulan anak-anak muda hinggalah ke tua, malah kekadang sehingga ke peringkat budak tadika, lirik itu sudah meniti dibibir mereka..hebatnya 'dakwah' muzik ini pada zaman yg penuh dengan pelbagai budaya yang hampir pasti anak-anak muda kita kepeningan untuk memilihanya jika tiada suatu wadah dalam membawa mereka ke jalan yang benar.. sambil menunggu ketibaan tom yam dan nasi saya, saya terpandang dan terdengar sebuah klip video lagu ‘aku memang pencinta wanita… namun ku bukan buaya… aku memang pencinta wanita… yang lembut seperti dia… bla, bla, & bla lagi..’ huhu, saya pun terhibur lah sekali… em, yap sampai habis.( sambil dalam hati, kreatif jugak si pencipta lirik ni ya)..
Sambil menunggu tomyam tak kunjung tiba, fikiranku melayang-melayang. Em, Setakat manakah kau mencintai wanita? Kalau difikir-fikirkan dan diteliti daripada klip video tu, saya confius sangat-sangat. Adakah wanita yang macam tu kau nak cintai bagai nak rak... kalau saya, rasanya kau patut rasa kasihan atau pun simpati, tapi bukan mencintai.

Memang patut kita kasihankan wanita yang macam tu. Kerana, di samping si lelaki-lelaki yang memakai baju yang penuh bergaya... em, bergaya ker? Boleh la juga dikata bergaya, em, kira pakaian yang ok la... (compare dengan si wanitanya) si wanitanya pulak memakai pakaian yang aduhai... terkoyak sana dan sini. Terabak di bawah dan terlondeh di atas. Tu yang saya kasihan tu. Then, tayang sana, tayang sini... huhu, malu saya nak mencintai wanita sepertinya.. .
Begitu murah harga badannya untuk ditayang dan dieksploitasi ke sana dan ke mari. Bagi saya, wanita macam tu sebenarnya dah tak ada harga dah. Senang sangat untuk tengok aurat-nya. Free jer kan…

Then, saya terus termenung memikirkan… ‘macam sama je gambaran dengan wanita-wanita jahiliyyah ketika sebelum kedatangan Islam’. Yang mana menurut Imam Mujahid (dalam menafsirkan ayat ke-33 surah al-Ahzaab), “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Then, Imam Qatada pula berkata, “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan.
Huhu, menakutkan. Wanita sekarang semakin mencintai kejahilan (dalam ber-agama). Ingin kembali kepada dunia jahiliyyah. Mereka dah mula menolak kemurnian dan kesempurnaan. Mana tidaknya... di kala lelaki berpakaian elok-elok menutup seluruh badan dan tubuhnya, tiba-tiba si perempuannya berpakaian ‘pelik’. Pelik... kerana dibuka sana dan sini. Macam manusia sakai (purba), cuma berbeza pada textile tapi gaya (fesyen) tetap sama. Hanya ditutup pada sebahagian bahagian tubuh tertentu sahaja. Manakala sebahagian bahagian lain dibuka untuk tanyangan umum (U) dan tanpa sensor.

Saya terus melawang dan berfikir, di kala zaman awal kedatangan Islam, Islam turut datang dengan syariat untuk menyelamatkan wanita di zaman jahiliyyah ketika itu. Di kala bayi-bayi perempuan yang baru lahir dibunuh sesuka hati (berdasarkan adat mereka), Islam datang menegah supaya jangan dibunuh bayi yang tiada dosa itu. (Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8-9).

Dikala wanita pada zaman jahiliyyah dihalau dari rumah ketika mana mereka dalam keadaan haidh, Islam dalam menjemput mereka bersama suami mereka, di saat si suami menghina wanita dengan tradisi Zihar, Islam meraikan aduan dan rintihan wanita yang teraniya. . Wanita dilindungi dengan jilbab dan kain tudung. Wanita dicintai dengan cara yang sebaik-baiknya. Wanita diberikan ilmu dan ruang untuk membina peribadi yang unggul. Wanita menjadi pembimbing (pengasuh) utama dalam membina dan melahirkan generasi manusia cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk Surah an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33): 59), (al-Hujuuraat (49): 13), (at-Taubah (9): 71).

Lihatlah bagaiman Sunnah Rasul memartabatkan idea ROMANTIK dengan isterinya agar dapat diaplikasikan dalam hidup antara suami dan isteri..Malah dengan bermodal insankan melalui Sunnah Rasul membawa kita hubungan yang selayaknya dipanggil PENCINTA WANITA yang sebenar.Ditambah dengan poligami datang membela wanita-wanita Islam yang memerlukan insan dalam mengisi ruang hidup dan menjadi 'ubat' dan jalan penyelesaian buat mereka yang memerlukan,demi kesejahteraan semua pihak.Jelas, Islam memperjuangkan hak kesamarataan tanpa mengira lelaki dan wanita, Islam mementingkan aspek taqwa dan keimanan. (Rujuk Surah al-Hujuuraat (49): 13)

Namun, kini... apa dah jadi ni... para wanita dah lupa semua sejarah-sejarah tu ke? Atau tak ambil tahu langsung? Mereka lebih enak dibuai kejahilan dan nafsu buas bersama si lelaki sampah. Em... carilah lelaki yang baik-baik...

Aduhai wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi–mu.. . peribadi seorang muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki... keredhaan Ilahi.
Renungilah maksud ayat ini;

“Maka janganlah kamu melunakkan (mengghairahkan) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” (al-Ahzaab (33): 32)

“Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (pakaian yang menutup aurat dengan baik) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal (pembeza keimanan – muslimah), kerana itu mereka tidak di-ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab (33): 59)

Ayat ini menerangkan mesej yang sangat jelas kenapa hari ini terlalu banyaknya gejala buruk menimpa wanita.

Maka... jelaslah di sini siapa sebenarnya ‘PENCINTA WANITA’ yang hakiki. Iaitulah ALLAH melalui syariatnya.. . Islam.

Dan, kepadamu lelaki... bukan semudah yang disangka untuk memiliki wanita (bukan hanya dengan cinta), perlulah melalui perundangan yang sah. Bukan main tibai jer... Jika benar anda pencinta wanita, buktikan dengan etikanya.
Em... wanita, jadilah wanita yang baik-baik... demi masa depan anda!

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah an-Nuur (24): 26)

Allahu ‘alam... (dah sampai pun tomyam dan nasik..makan dulu...)

Monday, October 13, 2008

Kedudukan itu sementara,bukan diminta,tetapi bersedia menggalasnya..

Arkib artikel (ketika baru dilantik menjadi DeanCMIS, menggantikan Syeikh Mahiz)


Assalamualaikum wrth wbrth.
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, yang menjadkan langit serta beristiwa di atas Arasy-Nya, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW dan sahabat2 baginda, dan para salafus soleh.
Sesungguhnya sebaik2 kitab adalah kitab Allah, dan sebaik2 petunjuk adalah petunjuk Rasulullah SAW dan seburuk2 perkara adalah perkara yang direka-reka di dalam perihal agama, dan sesungguhnya setiap yang direka di dalam agama itu adalah bid'ah, dan ketahuilah, setiap yang bid'ah itu adaah sesat dan setiap yang sesat itu adalah neraka tempatnya.

Tanggal 8 haribulan Mei, terjawab sudah siapa Dean Cmis, betapa beratnya amanah ini biarpun amanah ini bukanlah seberat amanah Allah terhadap makhluknya untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini, tidak juga seberat amanah bagi mereka yang ditawarkan menjadi qadhi, akan tetapi untuk menjadi seorang pemimpin kepada barisan para pemilik dan pembicara ilmu atau pendidik ummah (murabbi) bukanlah suatu tugas yang mudah..malah, bilik yang ditakuti (Panic Room) yang dahulunya dihuni oleh orang yang berjiwa kental, itu akhirnya bakal dihuni oleh seorang hamba Allah yang kita belum tahu bagaimana tarian silatnya. Bertukar dan silih bergantinya penghuni bilik itu, maka akan bertukarlah method dan pendekatan penghuni bilik tersebut...

Ikhwan dan akhawat yang saya rahmati sekalian..
Setelah hampir 2,3 minggu berteka teki dengan Kak Zah, 2 hari lepas, singggahnya suatu surat yang berwarna kuning yang ditandatangani oleh Shamsul Kahar Harun akhirnya bersetuju untuk memilih hamba itu sebagai Dean..yang mana saya kira pemilihan ini patut diberi perhatian semula..Mahu tidak mahu, cabaran harus diterima, samada untuk kebaikan atau persiapan untuk menerima serangan bertali arus dari berbagai arah yang berlainan, kekadang diratah tanpa belas kasihan..sudah menjadi tradisi, bila Islam cuba dibela, terdapat beberapa kumpulan yang kurang senang dalam melihat kebangkitan arus kesedaran dan kekuatan agama Muhammad ini..ayuh Sahabat, kita bangun menegakkan yang hAq..

Munculnya medan munaqashah dan perbincangan secara alam maya ini saya kira amat beruntung buat kita di CMIS. Tahniah buat sahabat-sahabat semua yang saling berkerjasama dalam menjayakan suatu konsep 'syura' didalam internet dan alam cyber ini, zaman dimana kita umat Islam harus cepat dan laju dalam memartbatkan agama kita..InsyaALlah..

Sahabat yang dirahmati di CMIS..
Maqalah dan coretan ringkas ini bukan untuk meminta simpati, tetapi mencari kekuatan diri, di mana harus dimulakan dalam memulakan tugas sebagai Dean CMIs..Di tengah kesibukan politik kolej dan suasana yang berbagai ragam di kalangan rakan-rakan setugas, di saat itulah seseorang yang memegang amanah sebagai Dean Centre of Islamic Studies harus melawan arus dan kekadang mengikut arus..buruknya dan baiknya ugama dan orang ugama, dinilai oleh Centre ini..beratnya amanah ini...tersebut kisah Abu Zar Al-Ghifari pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang pemimpin kepada Rasulullah, lantas Rasulullah menepuk bahu Abu Zar sambil bersabda yang bermaksud: “Wahai Abu Zar, engkau adalah lemah, sedangkan pemimpin itu suatu amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, melainkan mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipan sudah ditentukan dalamnya.”
Hari silih berganti dan bulan yang mustahil akan berhenti, sudah tiba masanya kita sama2 bekerjasama dan tolong menolong dalam menaikkan imej CMIS..apa yang harus kita teruskan dan kekalkan , kita kekalkan, dan yang perlu diperbaiki, kita cuba betulkan dengan hikmahNya..Saya menyeru pada sahabat agar sama-sama memberi dorongan terutama dari kalangan rakan –rakan yang mempunyai pengalaman , matang dan sudah 'masak' dengan suka duka dan pahit maung di kolej ini..jelas sekali, saya masih lagi seorang yang masih menjejaki rahsia untuk 'selamat' dan 'berjaya' di dalam kolej ini..:)

Jadikan shura dan hisbah sebagai manhaj dalam menasihati dan mengkritik sesama kita, dan terbuka dalam menerima segala pandangan dan sebarang usul mahupun cadangan. Teringat kata-kata Abu Bakr pada khutbahnya ketika mana beliau dilantik menjadi khalifah " Sesungguhnya aku telah dilantik menjadi khalifah, namun al-Quran diwahyukan dan kita diajarkan dengan Sunnah Rasul..maka ketahuilah sebaik2 manusia adalah yg bertaqwa dan yg paling lemah adalah mrk yang ingkar.sesungguhnya orang yg paling lemah adalah yg paling kuat sehingga aku mengambil hak2 mereka, wahai manusia, sesungguhnya aku adalah pengikut Rasul dan Sunnahnya, jikalau ku melakukan sesuatu yg baik, sokonglah aku dan bantulah aku,sebaliknya kamu semua hendaklah memperbetulkannya"...
Maka kita jadikan mauqif (stand) sahabat radiyallahu anhu ini agar kita membudayakan sifat nasihat menasihati antara satu sama lain, kerana kita dilahirkan bukan untuk menjadi sempurna, tetapi menjadi insan yang lemah dan hina disisiNya..

Saya kira, saya sudah memiliki barisan yang kuat di CMIS, dengan kak zah dan iman sebagai pembantu setia, (perhaps,) kak wan sebagai ibu yang setia memberi nasihat dan tunjuk ajar, akma dan izwan sebagai suatu pasangan yg membawa ruh kekeluargaan, cik jaya sebagai orang lama yang bijak membaca politik semasaJ..ditambah dengan serikandi besi Kak taH, dan mubaligh berhati waja khairul nizam, ijat sebagai lambang Kekuasaan, Wan Arif , si Arif yang kaya dengan pengalaman dan selok belok kolej, Kak Nurul pula pengikut setia yang jarang membantah demi kebaikan Centre, tidak lupa pada pencinta seni Puan Iman yg rajin berkarya, cik idha dan ayu, gadis muda yang senyap tetapi lantang bila bersuara..:)tapi alangkah indahnya andai ianya lengkap dengan saudaraku Mahiz, sahabat yang tenang dalam apa jua masalah yg kunjung tiba..:)..

Dengan Saf-saf yang ada..maka adalah tidak adil jika saya tidak meletakkan kepercayaan kepada antum semua..teringat saya pada petikan Sabda Rasul SAW, Jika Allah menghendaki kebaikan kepada seorang pemimpin, maka Dia akan memberikan untuknya menteri-menteri yang jujur, (aitu) yang jika ia khilaf (bercelaru ) maka selalu mengingatkan dan jika ia ingat maka selalu dibantu/didorong. Dan jika Allah menghendaki keburukan kepada seorang pemimpin, maka Dia akan memberikan untuknya para menteri yang jahat. Jika pemimpin itu lupa, maka tidak diingatkan dan jika ia ingat maka tidak didorong/dibantu.( HR Abu Daud no. 2932, dengan sanad yang baik menurut syarat Muslim; juga Nasa’i VII/159 dengan sanad yang shahih)..maka sifat Su'uz zon (bersangka buruk) harus tidak wujud dalam kelompok kita InsyaAllah..Semoga saya termasuk dikalangan firman Allah dalam mengetuai barisan orang-orang yang baik sebagaima doa di dalam al-Quran ..“Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.(alfurqan:74).

Semoga pesanan dan coretan diruangan yang agak terhad ini dapat memberi manfaat dan istifidah buat kita yang menjadikan Islam sebagai batu asas, dan Quran Sunnah sebagai penentu disebalik segala amalan kita. Andai kata ada ketidak adilan dan ketidak warasan atau ketidak matangan yang tidak saya sedari, mohon sahabat-sahabat menggunakan konsep keterbukaan dalam memberi pendapat dan kritikan yang akan saya terapkan dalam CMIS..sebagaimana hadith di dalam shahih Bukhari ..syarat taat pada pemimpin dalam ayat tersebut adalah mu’allaq/tergantung pada apakah dia taat pada Allah dan Rasul SAW atau tidak, dimana cirinya adalah dia senantiasa kembali kepada Allah SWT dan rasul-NYA SAW jika terjadi perbezaan pendapat ataupun perselisihan) dan bukan pemimpin yang memiliki sifat sebaliknya, jika ia memiliki sifat sebaliknya maka tidak wajib sama sekali untuk didengar dan ditaati" (Bukhari XIII/109; Muslim no. 1839; Abu Daud no. 2626; Tirmidzi no. 1707; Nasa’i VII/160).

Akhir kalam, ayuh kita sama2 melayari bahtera menangkis dan menempuh badai, mengharungi gelora demi menyampaikan dan menyambung urusan dakwah junjungan Baginda,di samping berkorban untuk memberi ilmu pada bakal pendokong agama..wa ta'awanu alal birri wa taqwa, wa la taawanu alal ismi wal udwan"..Mohon maaf andai bicara dan coretan ringkas buat sahabat mengguris hati dan perasaan antum sekalian, tidak ada apa yg mampu bagi seorang manusia yang bergelar hamba untuk beristighfar pada Allah memohon keampunan andainya diri dihiasi dosa..Apa yg baik dari Allah, dan yang kurang itu dari kelemahan dan kejahilan dari makhluk yang bergelar Insan..Wassalam

Al-Faqir ila Allah..
Penghulu Sementara CMIS selagi kepercayaan masih adaJ

Ps: boleh jadi penulis novel tak?:) Minta semua doakan anakanda Muadz yang akan dibawa ke bilik bedah jam 730 pagi , 9 Mei 2007..

Sekadar renungan..Shah Rukh Khan?


Diriwayatkan daripada Umar al-Khattab r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari Kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh lagi hina). Maka sebaik-baik manusia pada hari seperti itu adalah mukmin yang diapit oleh dua orang mulia” [Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Ausath dengan dua sanad dan perawi-perawi salah satu sanadnya adalah perawi-perawi kepercayaan Majma'uz Zawaaid 7: 325]


Allahu Akbar...terpaku mendengar, membaca, melihat di dada media, akan bagaimana Muslim yang berbangga dgn ketuanan melayu, memberi 'datuk' kepada insan yang Muslim pada nama tapi kehidupan penuh dengan gaya hidup kuffar dan menjatuhkan maruah Islam...Adakah ini nilai 'dato/datuk yang dibanggakan oleh masayrakat umum Msia?


Persoalan..Layakkah dia mendapat penghormatan sedemikian? Fikirkanlah...Nilai 'maksiat' di akhir zaman...dibayar dengan penghargaan...Allahu yahdihim!

Friday, October 10, 2008

Indahnya poligami, bukan menzalimi...


BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM.WAHAI MUSLIMAH, SEMOGA BERLAPANG DADA DALAM HAL INI…BACALAH DENGAN HATI YANG TENANG DAN IMAN YANG SUCI IKHLAS KERANA ALLAH…


Poligami adalah peruntukan yang diberikan oleh syarak kepada lelaki. Dengan peuntukan tersebut lelaki boleh mengahwini wanita lebih daripada seorang dan tidak melebihi empat orang. Ianya bukan satu kewajipan, tetapi satu keizinan. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim beriktikad bahawa hukum-hakam syarak yang diturunkan Allah S.W.T bukan untuk kepentingan zatNya yang agung, kerana Dia Maha Suci daripada bergantung kepada makhluk. Segala apa yang diturunkanNya adalah li maslahah al-`Ibad iaitu untuk kemaslahatan atau kepentingan hamba-hambaNya.


Malangnya pada mutakhir ini wajah serangan terhadap Islam dan peraturannya bertopengkan agama untuk menghancurkan agama. Inilah hasil kelompok yang ingin memahami Islam daripada golongan orientalis dan musuh-musuhnya, malangnya mereka tidak dapat memahami Islam daripada karya-karya asli para ulama Islam. Kata al-Imam `Izz al-Din `Abd al-Salam (meninggal 660H): dalam Qawa`id al-Ahkam fi Masalih al-Anam: “Kita telah ketahui daripada sumber-sumber syarak bahawa tujuan (hukum-hakam) syarak ialah untuk kemaslahatan hamba-hambaNya di sudut agama dan akhirat mereka. Bukannya masaqqah (kesusahan dalam mengamalkan syariat) itu yang dimaksudkan dengan kemaslahatan, tetapi maksudnya ialah apa yang diperolehi hasil dari masaqqah tersebut. Ini sama seperti seseorang doktor yang menyuruh pesakitnya meminum ubat yang sangat pahit. Tujuannya hanyalah untuk mengubati”. (1/29, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Namun golongan yang tidak faham atau yang ingin mencari kesalahan untuk ditempelkan kepada agama sengaja melihat dari mata musuhnya. Hasrat mereka untuk menonjolkan kehebatan pemikiran Dunia Barat dan meperlekehkan Islam. Dalam masyarakat yang umatnya berpegang kepada Islam, golongan ini cuba memutar belitkan nas-nas agama untuk kepentingan pemikiran Barat. Mereka mengambil kesempatan dari kesalahan sikap sebahagian pengamal poligami untuk memukul sistem tersebut. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiyyah: [/b]“Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila sebahagian daripada penyeru-penyeru kepada sistem Barat yang ada di tanahair Arab dan umat Islam mengambil kesempatan apa yang berlaku pada sesetengah muslimin yang menyeleweng. Lalu mereka ini bangkit menyuarakan agar ditutup pintu poligami sama sekali. Mereka ini pagi dan petangnya hanya membicarakan mengenai keburukan poligami. Padahal dalam masa yang sama mereka mendiamkan diri seperti diamnya orang di dalam kubur mengenai keburukan zina, yang dengan dukacitanya diharuskan oleh sistem perundangan manusia yang menghukum negara-negara umat Islam hari ini."[/b](m.s 31 cetakan Maktabah Wahbah, Mesir).


Inilah hakikat yang berlaku pada hari ini, di mana berlakunya perzinaan yang berleluasa yang membabit sebahagiannya lelaki yang mempunyai isteri yang memangsa wanita yang bersedia dimangsa dirinya, yang keburukannya akan menimpa isterinya yang sah dan keluarga. Begitu juga hubungan seks yang begitu yang bebas yang dicerminkan oleh masyarakat yang sedang parah, di samping adanya media massa yang bersedia menjadikan kisah-kisah tersebut sebagai bahan paparan yang menguntungkan. Malangnya golongan ini hanya diam, tiada isu yang hendak dimainkan mereka.


Namun jika mereka melihat adanya peluang yang membolehkan mereka memukul agama dengan senjata yang meracun akidah maka mereka jadikan ianya perbahasan yang boleh membantu mereka menimbul keraguan golongan awam yang tidak faham terhadap Islam. Katanya Dr. Yusuf al-Qaradawi lagi “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat ianya adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ianya tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan telah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ianya tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat. Inilah yang digambarkan oleh al-Quran dengan ungkapan yang indah lagi padat ketika menyifatkan Rasulullah S.A.W, seperti yang dikhabarkan oleh buku ahli kitab, iaitu: (maksudnya) " (sifat-sifatnya di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka) Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka." (Surah al-`Araf :157). Sambung al-Qaradawi: “Inilah apa yang diraikan oleh Syariat Islam dalam persoalan poligami, ianya telah menimbang antara segala kebaikan dan keburukan, segala manfaat dan mudarat, kemudianya ia mengizinkannya kepada sesiapa yang perlu dan dikawal dengan syarat bahawa pengamalnya percaya terhadap dirinya bahawa dia dapat menjaga keadilan dan tidak takut berlakunya kezaliman dan berat sebelah. Firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 30: (maksudnya):“Jika kamu takut tidak berlakua adil maka hanya seorang isteri. (m.s 133-134) Persoalan seperti poligami ini sebenar tidak boleh dibincangkan dengan nada emosi kewanitaan yang tidak terbimbing semata, atau pandangan sekumpulan lelaki yang takutkan isteri mereka.


Hukum-hakam syarak memenuhi tuntutan akal yang waras dan logik yang kukuh sekalipun mungkin emosi membantahnya. Jika kita melihat kepada seseorang doktor yang menyuntik seorang bayi dengan jarumnya sehingga menyebabkan bayi tersebut menangis, andainya fikiran kita tidak dipenuhi pengetahuan tentang kebaikan tindakan doctor tersebut, kita tentu akan membantah dan menganggap doktor seorang yang zalim, menginayai bayi tersebut sehingga dia kesakiatan dan menangis. Namun apabila pengetahuan kita cukup kita tidak lagi melihat kepada tangisan bayi tetapi kepada kebaikan yang akan diperolehinya. Demikian juga poligami. Sesiapa yang ingin melihat keindahan hikmah poligami maka baca karya Dr. Mustafa al-Siba`I r.h, iaitu Al-Marah: Bain al-Fiqh wa Al-Qanun. Sebenarnya bukanlah Islam sahaja yang memulakan keizinan berpoligami. Agama-agama lagi juga telah mengizinkannya. Bahkan pihak gereja seperti yang dinyatakan oleh Waster Mark, telah mengiktiraf poligami sehingga ke kurun yang ke tujuh belas, di mana perlaksanaanya ketika itu begitu meluas. Kata Dr Zaki Abdul Karim Naik dalam bukunya Most Common Questions About Islam: Tiada dalam mana-mana buku agama (selain Islam) samada Vedas, Ramayanan, Mahabharat, Geetha, Talmud dan Bible had bilangan isteri. Berdasarkan buku-buku tersebut seseorang boleh mengahwini sebanyak mana yang dia suka. Katanya juga: Pada peringkat awal, seseorang lelaki Kristian diizinkan berkahwin sebanyak mana bilangan isteri yang dia suka, kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa kurun kebalakangan ini gereja menghadkan bilangan isteri hanya satu. Poligami juga diizinkan dalam Yahudi. Ini berdasarkan undang-undang Talmud., di mana Nabi Ibrahim isterinya tiga, Nabi Sulaiman isterinya seratus. Perlaksanaan poligami berterusan dalam Yahudi sehinggalah Rabai Gersom Ben Yehudah (960-1030M) mengeluarkan perintah menentangnya. Namun masyarakat Yahudi Sephardic yang hidup di kalangan umat Islam terus mengamalkannya sehingga tahun 1950..(m.s.3 , published by Saba Islamic Media) Bezanya Islam apabila mengizinkannya menyertainya dengan peraturan dan disiplin yang mesti dipatuhi. Jika disiplin itu tidak dipatuhi hanya diizinkan satu. Maka Al-Quran satu-satu kitab agama di atas muka bumi ini yang menentu satu isteri bagi yang tidak dapat berlaku adil. Ini sama seperti semua perkara di dalam Islam ada peraturannya. Sehingga yang berkahwin seorang (monogami) juga ada disiplin dan peraturan yang mesti diikuti. Persoalan keadilan untuk isteri, bukan sahaja bagi yang berpoligami, yang bermonogami juga mesti adil terhadap isterinya yang seorang tersebut, cumanya konteks pengendaliannya sahaja yang berbeza. Bahkan setiap bapa yang memiliki lebih dari seorang anak juga mesti adil terhadap anak-anaknya. Dalam banyak kes kecuaian dan kezaliman rumah tangga tidak berfaktor pologami. Bahkan ianya berfaktorkan sikap suami itu sendiri, atau hubungannya dengan wanita luar tanpa keizinan syarak, atau tekanan-tekanan luar. Malangnya hal ini tidal difahami dengan baik oleh sesetengah pengulas poligami. Apatah lagi sebahagian pengulas tersebut adalah wanita yang tidak memiliki rumah tangga. Kata Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Bukanlah poligami yang menyebabkan anak-anak terbiar seperti yang didakwa mereka. Sebaliknya berpunca dari pengabaian bapa terhadap pendidikan anak-anak, mabuk arak, ketagihan dadah, tenggelam dalam nafsu, berjudi, berulang-alik ke kedai kopi, pengabaian keluarga dan lain-lain”. (Wahbah al-Zuhaili, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 7/173, cetakan Dar al-Fikr, Beirut) Islam tidak memaksa lelaki berpoligami, tetapi mengizinkannya sebagai keharusan yang dapat menyelesaikan banyak masalah. Namun pemikiran barat telah menghantui sebahagian pengulas poligami ini. Apabila ada kes ketidakadilan yang dilakukan oleh sebahagian pengamal poligami maka system itu disalahkan. Adalah tidak pelik untuk mereka ini mengikut jejak langkah barat suatu hari nanti mengizinkan hubungan tanpa nikah atas alasan perkahwinan mengongkong wanita dan menzalimi mereka.


Bila mereka melihat ada suami yang tidak adil maka perkahwinan akan dianggap menginayai wanita dan patut dicegah. Allah SWT mengizinkan poligami dengan nas al-Quran dan praktikalnya oleh Nabi S.A.W dan para sahabah. Malangnya di kebelakangan ini ada kecenderungan golongan yang mendakwa muslim meminggirkan al-Sunnah dan ingin hanya berhujah dengan al-Quran dengan tafsiran secara ‘sendiri berhad’ tanpa melihat apa yang menjadi tuntutan untuk seseorang menafsirkan kitab Allah. Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi. Demikian juga Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam Fath al-Bari :sanadnya baik. Ada di kalangan yang menentang poligami ini cuba menyalah tafsirkan ayat Allah dalam Surah al-Nisa’ ayat 129: (maksudnya) Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Kata mereka ayat ini membatalkan apa yang disebut dalam ayat 30 dalam surah yang sama : (maksudnya): “Jika kamu takut tidak berlaku adil maka hanya seorang isteri”. Sebenarnya dakwaan mereka secara tidak langsung adalah tohmahan terhadap Nabi S.A.W., para sahabah dan generasi para ulama Islam sejak dahulu seakan-akan mereka semua tidak memahami al-Quran sehingga mengharuskan poligami untuk diri mereka dan umat. Ayat 129 Surah al-Nisa’ itu sebenarnya membicarakan tentang keadilan mutlak yang tidak mungkin dapat diberikan oleh insan. Keadilan mutlak membabitkan semua aspek; perasaan kasih sayang yang ada di dalam hati, cara hubungan seks dan segalanya. Ini semua bukan dalam batas kemampuan insan. Sehinggakan insan tidak mampu menjadikan kadar kasih sayangnya terhadap anak-anaknya sama, demikian jugalah terhadap isteri-isterinya. Bagi anak yang lebih manja dan pandai mengambil hatinya tentu perasaan cintanya lebih. Demikian juga isteri. Namun apa yang dituntut ialah agar persoalan akhlak pergaulan dan sikap, persoalan kebendaan hendaklah dalam timbangan keadilan dan kesaksamaan kerana itu dalam batas kemampuan insan. Tidak boleh dijadi perasaan cinta di dalam hati membawa kepada ketidakadilan dalam tindakan. Oleh itu sambungan ayat itu menyebut: (maksudnya) oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Baginda S.A.W menyebut dalam hadith: Daripada `Aisyah R.A: Bahawa Nabi S.A.W membahagikan hak di antara isteri baginda dengan adil. Baginda bersabda: Ya Allah inilah pembahagianku apa yang miliki, jangan Engkau salahku dalam apa yang aku tidak miliki. (Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Al-Hakim (meninggal 405H) mensahihkannya dalam Al-Mustadrak 2/554, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut dan disetujui oleh al-Zahabi (meninggal 748H). Kata Abu Daud ketika meriwayat hadith ini maksud apa yang aku tidak miliki ialah hati, iaitu cinta yang lebih dan kecenderungan hati. (lihat Al-`Azim al-Abadi, `Aun al-Ma’bud, 6/121, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Maka kecenderungan hati yang menyebabkan tidak sama dalam kasih sayang tidak dianggap salah di sisi Allah selagi mana tidak berlakunya ketidak adilan dalam tindakan. Inilah maksudnya ayat tersebut. Malangnya mereka ini hanya ingin menjadikan agama menurut fikiran mereka lalu mereka tidak merujuk apa yang ditafsirkan oleh para muhaddithin (ulama hadith), mufassirin (ulama tafsir) yang muktabar. Antaranya apa yang disebut oleh al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H) dalam tafsirnya Al-Jami li Ahkam al-Quran: “Dalam ayat tersebut Allah memberitahu ketidakmampuan melakukan keadilan di antara isteri dalam kecenderungan tabii seperti cinta dan hubungan seks dan perasaan dalam hati. Maka Allah mensifatkan hal manusia bahawa mereka dengan sifat semulajadinya tidak dapat mengawal kecenderungan hati mereka kepada sesuatu perkara atau sebaliknya...kemudian Allah melarang manusia dengan firmanNya: (maksudnya) “janganlah kamu cenderung dengan melampau” yakni jangan kamu sengaja menyakiti, sebaliknya hendak sama rata dalam pembagian dan nafkah, kerana ini perkara yang seseorang mampu melakukannya." (5/407, cetakan Dar al-Fikr, Beirut) Demikian jika mereka merujuk kepada tafsir muktabar yang lain yang menjadikan panduan tafsiran mereka al-Quran itu sendiri, sunnah Nabi dan perjalanan para salaf soleh (generasi awal Islam yang beriltizam). Kata al-Syeikh `Abd Allah Nasih `Ulwan r.h: Musuh-musuh Islam daripada kalangan atheis dan orientalis cuba menentang peraturan Islam dengan menimbulkan tohmahan-tohmahan palsu, keraguan-keraguan dan serangan-serangan yang hasad terhadap Islam demi menimbulkan syak orang ramai terhadap kebaikan peraturan Islam, kesesuaiannya sepanjang zaman dan masa.


Maka ada orang Islam yang menyambut pandangan-pandangan mereka serta beriman dengan akidah dan pemikiran mereka dan jatuh ke dalam perangkap syak dan tohmahan mereka. Di antara tohmahan dan serangan yang mereka timbulkan ialah keharusan Islam bagi peraturan poligami. (`Abd Allah Nasih `Ulwan, Ta`addud al-Zaujat fi Islam, m.s: 9, Dar al-Salam, Kaherah) Adapun pandangan yang mensyaratkan keizinan isteri pertama atau kadi atau mahkamah syariah bagi sesiapa yang ingin berpoligami adalah sesuatu yang ditolak. Para ulama kontemporari telah menjelaskan alasan penolakan ini dalam tulisan-tulisan mereka. Masalah keadilan suami adalah sesuatu yang tidak dapat dinilai sebelum perkahwinan berlaku. Bagaimanakah mungkin seseorang kadi atau sesuatu pihak dapat mendakwa bahawa si pulan jika beristeri dua tidak akan adil? Bagaimana pula seseorang dapat memutuskan si pulan yang lain jika beristeri dua adil? Bahkan ada orang yang disangka adil tetapi ternyata sebaliknya. Ada yang dianggap pendapatannya kurang tapi bila berkahwin dua, pendapatannya bertambah. Sikap adil atau bertanggungjawab terhadap isteri bukan hanya kepada yang beristeri lebih daripada satu tetapi juga kepada yang beristeri satu. Kalau hak ini diberikan kepada kadi maka nanti yang ingin berkahwin satu juga akan dinilai oleh kadi sama dia boleh bertanggungjawab atau tidak. Kemudian nanti yang ingin menambah anak atau memperolehi anak juga akan dinilai dia mampu atau tidak? Apakah kita lupa, ramai yang sikapnya berubah menjadi lebih cemerlang selepas perkahwinan, atau rezeki semakin bertambah selepas bertambah bilangan anak. Sebab itulah Perhimpunan Kajian Islam (Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah) pada muktamarnya yang kedua di Kaherah tahun 1975 membuat keputusan seperti berikut: “Adapun berhubung dengan poligami, maka pihak muktamar memutuskan bahawa ianya adalah harus dengan jelasnya berdasarkan nas-nas al-Quran al-Karim juga dengan syarat-syarat yang berkaitan dengannya. Adapun penggunaan hak ini adalah terpulang kepada pihak suami, ianya tidak memerlukan keizinan kadi”. Dr. Abd al-Karim Zaidan menyebut di dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam al-Marah: “Aku melihat tidak harus dari segi syarak memberikan kelayakan berpoligami ditentukan kadi, atau mengaitkan keharusan berpoligami dengan izin kadi.” Kata beliau juga: “Antara bukti yang menyokong keputusan Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah di atas ialah tidak pernah disebutkan kepada kita pada mana-mana zaman Islam, sejak Rasulullah S.A.W sehingga ke zaman selepasnya bahawa sesiapa daripada kalangan fuqaha (ulama feqah) mensyaratkan keizinan kadi untuk sesiapa yang ingin berpoligami. Kalaulah syarat ini disyariatkan maka sudah tentu kitab-kitab fekah dan kehakiman (qadha`) menyebut berlakunya atau cadangan mengenainya. Apabila ianya tidak menyebut hal ini sedikit pun, maka inilah dalil yang putus terhadap ijma’ sukuti (ijmak secara diam) mengenai tidak dikaitkan keharusan berpoligami dengan keizinan kadi. Maka cadangan untuk itu sekarang ini adalah memecahkan ijmak. (`Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Marah, 6/294, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut) Juga Dr Wahbah al-Zuhaili membantah pandangan ini dengan memberikan beberapa hujahnya di dalam al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh. Sila yang ingin pendetilan rujuk di bawah tajuk al-Dakwah ila Ja’l ta`addud al-Zaujat bi Izn al-Qadi. Antara tokoh lain ialah Dr.Muhammad `Uqlah dalam bukunya Nizam al-Usrah fi Al-Islam yang menganggap syarat keizinan kadi sebagai pemikiran yang bid`ah dan boleh membawa kepada hubungan zina. (m.s: 324, cetakan Maktabah al-Rasalah al-Hadithah, Jordan). Sesungguhnya Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita.


Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya. Janganlah kerana sikap atau penyakit seseorang yang teracun dengan racun Barat lalu dia ingin membakar kedai ubat yang menjual poligami. Bagi racun yang dimakan itu ubatnya adalah memahami akidah dan takutkan hukum-hakam Allah. Kembali kepada Islam, membacanya bahan tanpa prajudis dan kebencian. Baiki akidah dan kepercayaan terhadap al-Din ini.

Wednesday, October 8, 2008

PUASA ENAM..Ayuh sahabatku..

DIBAWAH INI ADALAH ARTIKEL YANG DITULIS OLEH AL-FADHIL DR.ABD.BASIT BIHJ ABRAHMAN.____________________________________________________________
Persoalan Sunat Sebelum Qadha & Qadha campur Sunat

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).
Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):
(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ... وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.
Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.
Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]
Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].
Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).
Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:
( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:
1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.
Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:
] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]

2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]
Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].
قال النووي في شرح مسلم: "وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان."
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.
Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?
Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.
Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]
Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.
Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.
Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.
Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.
Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:
(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.

Akhukum,
Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian.
04 Syawal 1429h- 041008

Monday, October 6, 2008

SALAM EIDUL FITRI..


Asalamualaikum wrth wbrth..


Lama sungguh tak berkarya kat lamanku ini...almaklumlah..balik baru ni, byk benda yang nak disettlekan, plus streamyx umah ayahanda pun ada masalah..masalah modem..


Emmm..rasanya may be dah terlambat nak ucap Salam Eid al-fitr..tapi bleh la kot...tapi if refer balik kepada Sunnah, raya ni pada hari pertama je..dan Rasulullah dah start puasa pada hari yang ke-2..thats why kalau pi middle east, cuti raya kejap je...raya haji lama..


Terasa masih baru aidilfitri...terasa kesedihan,. kemeriahan dan keriangan , suka duka pada perayaan kali ini...semoga kehidupan selepas ini akan lebih mematangkan diri yang masih lemah..dan jauh kerdil di mata Allah azzawajalla..


Huh...diri masih lagi kepenatan mengharungi ombak dan badai 'jem'..macambiasa..tak dinamakan raya if tak jem KB-KL, KL-KB...itulah raya...jelas menunjukkan betapa ramainya Makhluk kelantan di bumi KL..betapa kalau dilihat secara 'surface' pun...population KL ni..bleh tahanla orang kelantan..tanya lah sapa di gombak..hampir semua gerai, kedai..tak kira tempat..mesti terserempak dgn orang kelantan...


Okaylah..salam eid , taqabalallah minna wa minkum.Wassalam